|
SIAPA PUN yang bakal diturunkan, Indonesia yakin pasukannya mampu memberi tentangan sengit dalam menghadapi China pada aksi terakhir kumpulan A Piala Sudirman 2013, hari ini.
Pengurus pasukan, Rexy Mainaky akui kemenangan 4-1 ke atas India semalam melonjak keyakinan mereka dan tidak mustahil mampu membenam cabaran pasukan dari Negara Tembok Besar itu.
Kemenangan semalam bagaimanapun sudah melayakkan Indonesia ke suku akhir selepas India, pasukan yang turut bersaing dalam kumpulan A, tewas semua perlawanan.
“Kita tidak mahu bertandang ke stadium esok (hari ini) sebagai memenuhi syarat penyertaan. Tetapi bekerja keras dan mengatur strategi terbaik untuk cuba menumpaskan lawan.
“Bagi saya kepenatan pemain hari ini (semalam) tidak wajar dijadikan alasan dan mereka harus bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya diturunkan sekali lagi.
“Namun, tidak bermakna jika pemain hari ini (semalam) tidak diturunkan mereka tidak bagus, tetapi kesemua pemain yang dibariskan pada kejohanan kali ini berkeyakinan tinggi dan bersedia diturunkan pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.
Perseorangan Indonesia, Rumbaka Dionysius Hayom (kiri) mengalahkan P Kashyap, 18-21, 14-21
|
|