|
Chelsea dan Arsenal berkemungkinan beraksi di pusingan playoff bagi menentukan slot automatik ke Liga Juara-Juara jika menamatkan kempen dengan mata yang sama.
PERLAWANAN akhir Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini menyaksikan perebutan tempat secara automatik ke Liga Juara-Juara antara Chelsea dan Arsenal.
The Blues berada di tangga ketiga dengan 72 mata, 73 gol dan 38 bolos manakala The Gunners berada dibawahnya dengan 70 mata, 71 gol dan 37 bolos.
Nasib kedua-dua mereka akan ditentukan melalui playoff sekiranya Chelsea mencatat keputusan seri 0-0, ke atas Everton, manakala The Gunners yang berkunjung ke Newcastle United pula menang, 2-1.
Pengurus Chelsea, Rafa Benitez menjelaskan mereka tidak akan memilih laluan sukar untuk layak ke Liga Juara-Juara.
“Kami tidak akan bermain untuk playoff. Bagi mengelakkannya terjadi, kami akan meledakkan gol dan cuba bagi menang
|
|