CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2589|Reply: 13

Tumpang tanya...

[Copy link]
Post time 17-5-2013 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Hi. Aku nak tanya pendapat para wanita tentang permasalahan aku ni. Ada seorang gadis ni rakan sekerja aku (namakan sbg A). Si A ni tahu agaknya yg aku ni ada hati kat dia, tapi aku tak pernah pun luahkan kat dia sebab kami pun baru lagi berkenalan. Petang tadi dia cerita kat aku tentang ada org (namakan sbg B) usik dia dgn aku. Masa dlm ofis, si B ni tanya si A "kat mana BF you?" Si B clearly sebut nama aku sbg BF si A. Si A jawab kat si B "Mana ada aku ni BF dia". Masa tu aku xde kat situ, aku tgh buat kerja kat bawah. Jadi si A ni cerita perkara ni kat aku bila aku dah naik tingkat atas. Si A xde pulak cakap kat aku maksud BF tu apa. Aku nak tanya pendapat para wanita.
1) Bila si A sebut aku bukan BF dia kpd si B, apakah sebenarnya dia betul2 bermaksud begitu atau sekadar penafian semata-mata shj?
2) Kenapa si A cerita perkara ni kat aku? Adakah dia nak beritahu kpd aku supaya berhenti berharap? Atau nak suruh aku try? Atau sekadar suka2 je.
3) Kenapa si A sebut singkatan BF je kat aku. Kenapa xsebut full, boyfriend ke bestfriend ke?
Aku tahu ketiga-tiga soalan tadi hanya mampu dijawab oleh si A tu sendiri. Tetapi aku perlukan pendapat daripada kaum wanita kerana aku xde kawan perempuan jadi susah nak faham benda2 camni. Nanti boleh la aku rancang langkah seterusnya atau pun berhenti drpd menyukai dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 10:39 PM | Show all posts
maksudnya...u suka A...bila B tanya mana boyfriend A kat A..A kata.."mana ada, aku ni bestfriend dia"..gituh la kan maksudnya?

ye kut die nk uols berhenti berharap

tabahlah..
Last edited by siputsedut on 17-5-2013 10:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:40 PM | Show all posts

TT,
Lelaki :  Mulut di Hati
Perempuan : Hati di Mulut

Ni bukan ai kata
Dr Fadzilah Kamsah kata
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:59 PM | Show all posts
ai rase nomot 2 kot...
which is u have to berhenti berharaplah jawabnye...
well bunga bukan sekuntum
Last edited by aijinmisaki on 18-5-2013 12:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 12:49 AM | Show all posts
sy rasa penafian dari dia tuh nak menguji sejauh mana kamu suka dia,...

dia pun ada maruah jugak,..tau makna malu,...

takkan la dia nak mengaku, walhal belom ada kata hitam putih dari mulut kamu sendri yg kamu suka dia,...

maybe dia pon suka kamu, tp dia bukan jenis perigi cari timba,...mungkin,.....

ada jenis pompuan nih suka tgk respon/kelakuan lelaki yg dia suka,..

n mungkin dia jenis suka tgk kamu mengelabah tiap kali mata bertaut,....cewah,....

sy cadang luah jer prasaan kat dia dgn cara berkiasan,...

at least berkiasan tuh tak la malu sgt berbanding cara serius nak luah kat dia,

jadi, dia rasa dia tak bertepuk sebelah tangan jer nanti,....

cepat tau,....nanti putih mata,...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2013 06:58 AM | Show all posts
siputsedut posted on 17-5-2013 10:39 PM
maksudnya...u suka A...bila B tanya mana boyfriend A kat A..A kata.."mana ada, aku ni bestfriend dia ...

Dia sebut kat si B yg aku ni bukan boyfriend dia. Si B tu sebenarnya bos besar kat tempat kerja aku. Si B ni memang suka mengusik org lain apatah lagi aku ni selalu guide si A ni sebab si A ni baru masuk kerja tak sampai sebulan pun. Bos aku tu selalu nampak aku buat kerja dgn si A dan memang aku paling rapat dgn si A pun kat ofis. Semalam bila si A cerita kat aku pasal usikan bos kami tu, cara si A cerita balik kat aku tu memang tenang dan cool. Tapi kalau betul si A suka kat aku, sepatutnya dia rasa malu kan bila cakap pasal benda ni kat aku?  

Last edited by jimmyajim on 18-5-2013 07:02 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-5-2013 07:12 AM | Show all posts
tweenfly posted on 18-5-2013 12:49 AM
sy rasa penafian dari dia tuh nak menguji sejauh mana kamu suka dia,...

dia pun ada maruah jugak, ...

Kalau la dia boleh bagi hint yg lebih jelas sikit, baru la aku faham. hehe... Yang aku perasan bila aku nak ajar dia buat kerja, dia mesti berdiri rapat2 dekat sebelah aku. Atau memang kebanyakan perempuan camni ke, suka berdiri rapat dgn lelaki?  


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 01:51 PM | Show all posts
dear TT..
x semestinya penafian tu menunjukkan apa sebnanya dlm hati dia..
camni lah,teruskan berkwn dgn dia..tngok reaksi dia..
x semua ppn suka berdiri dkt2 dgn lelaki..even dia suka lelaki itu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2013 07:40 PM | Show all posts
kalo malu sgt melepas nnt. jaga2 ade yg merati......
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 04:36 PM | Show all posts
1) Bila si A sebut aku bukan BF dia kpd si B, apakah sebenarnya dia betul2 bermaksud begitu atau sekadar penafian semata-mata shj?
dah memang hakikat ko bukan bf dia takkan dia nak ngaku kot?dia pun xmau la perasan sorang2.

2) Kenapa si A cerita perkara ni kat aku? Adakah dia nak beritahu kpd aku supaya berhenti berharap? Atau nak suruh aku try? Atau sekadar suka2 je.
dia citer kat ko pada aku nak bagi hint sejauh mana ko betul2 nak kat dia.

3) Kenapa si A sebut singkatan BF je kat aku. Kenapa xsebut full, boyfriend ke bestfriend ke?
sebab mungkin bf tu ada double meaning.kalau dia cakap bf padahal ko takde lak sebut,malulah dia.kalau dia sebut best friend pastu tiba2 lak ko suka dia.ko pulak tau dia maksudkan best friend.terasa pulak ko nanti.nak selamat sebut bf je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2013 05:11 PM | Show all posts
tabasco posted on 19-5-2013 04:36 PM
1) Bila si A sebut aku bukan BF dia kpd si B, apakah sebenarnya dia betul2 bermaksud begitu atau sek ...

Pendapat macam ni yg aku cari sebenarnya. Tq. Mungkin betul juga apa yg kau beritahu ni. Kalau inginkan kebahagiaan perlukan sedikit keberanian. Esok aku nak cuba tanya dia. Moga2 aku tak bertepuk sebelah tangan.
Last edited by jimmyajim on 19-5-2013 05:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 05:51 PM | Show all posts
jimmyajim posted on 19-5-2013 05:11 PM
Pendapat macam ni yg aku cari sebenarnya. Tq. Mungkin betul juga apa yg kau beritahu ni. Kalau ing ...

good luck! aku harap dia pun kongsi perasaan sama dengan kau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 07:16 PM | Show all posts
Tadi masa lunch berdua, aku dah tanya dia direct to the point, "Awak dah ada boyfriend ke?". Masa tu dia tengah kunyah makanan, tersedak dia bila dengar soalan aku tu. Sambil tersenyum dia menganggukkan kepala. Aku tanya sekali lagi utk kepastian, baru keluar dari mulut dia "dah ada boyfriend". Dia nampak macam malu2 je sebab soalan aku tadi. Aku pun malu jugak tapi nasib baik beberapa ketika kemudian ada dua org member lelaki dtg join kitorang makan kat meja tu. Jadi dpt la kami ubah topik lain dan bercerita dgn dua member tu.

Hubungan aku dgn dia masih macam biasa, walaupun terasa lain sikit tapi aku boleh cover lagi. Petang tadi dia tumpangkan aku balik kerja sebab kereta aku rosak masa petang tadi jugak. Itulah nasib aku hari ni, dah la xdpt awek tu, kemudian kereta rosak pulak. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula.

Mungkin aku sebenarnya tak bertepuk sebelah tangan, cuma aku dah terlambat sebab dia dah ada kekasih hati yg tinggal jauh drpd dia. Aku boleh terima hakikat ini, mungkin dia bukan takdir aku. Tetapi aku rasa bangga sebab aku berani tanya dia benda yg aku rasa kebanyakan lelaki hanya mampu tanya dlm sms je.   Life goes on...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 07:56 PM | Show all posts
dia nak jaga air muka jer tue... takut kantoi... dan dia sajer bgtau ko nak tengok riak ko caner... k... sila ambil langkah sepatutnyer... nak tggu aper lagik... kang kena ambe dek orang len... melopong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071136 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list