CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56438|Reply: 110

Bisnes Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Wanita Di Rumah

[Copy link]
Post time 5-5-2013 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Saya pasti ramai yang tertanya tanya dan sedang mencari idea apakah kerja atau bisnes yang boleh dilakukan dari rumah bagi membantu suami. Sekarang ini semua benda memerlukan duit. Jika tidak berusaha mencarinya, masakan dapat untuk menanggung segala perbelanjaan yang semakin meningkat.


Duit untuk tuisyen, makan, pampers anak,insurans dan banyak lagi perbelanjaan yang semakin diperlukan. Itu belum dikira ansuran rumah, kereta yang ditanggung oleh suami dan isteri. Jika seorang surirumah sepenuh masa, apakah kerja yang boleh dilakukan?





Sebenarnya agak banyak juga bisnes dan kerja yang boleh dilakukan daripada rumah oleh mereka yang bergelar surirumah. Antaranya ialah


1. Bakeri – Buat roti, kek, coklat dan sebagainya.Permintaan sentiasa tinggi bila musim cuti sekolah.

2. Menjahit – Bagi mereka yang ada kemahiran ini, boleh tawarkan perkhidmatan ini. Setiap kali raya, mesti tukang jahit tak menang tangan untuk membuat baju dan langsir. Siap kena tolak tempahan takut tak sempat buat. Anda boleh buat servis ni..

3. Bisnes Affiliate – Jadi agen affiliate produk seperti ebook kemudian promote di internet. Dapat jualan, dapat la komisen.

4. Jual baju di internet- sebenar kita tak perlu susah payah nak cari pembekal. Guna je kaedah dropshipping iaitu guna perkhidmatan pihak ketiga untuk bungkus dan hantar bagi pihak anda. Anda hanya perlukan gambar produk sahaja. Boleh promote di facebook dan sebagainya.


Oklah itulah antara bisnes mudah yang boleh dilakukan oleh surirumah. Sebenarnya banyak lagi bisnes, tapi malas nak tulis..hehehehe.


Walau apa pun, buat bisnes yang mampu kita lakukan sebab setiap daripada kita ada   kekangan masing masing seperti tiada internet, tiada modal, tiada kemahiran dan sebagainya. Namun, ia boleh dipelajari kalau kita mahu..


Jom jadi usahawanita yang berjaya. Mula kecil kecil dulu. Bila dah ada pelanggan yang banyak, mula untuk besarkan bisnes yang anda. Banyak organisasi hari ini menawarkan kursus untuk para wanita belajar seperti KEMAS, Kolej Komuniti yang menawarkan kursus jangka pendek untuk menambah kemahiran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2013 03:55 PM | Show all posts
Tgh memikiorkan juga ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2013 01:02 PM | Show all posts
ada lagi bisnes di rumah
aku tambah sket
selain senarai perniagaan di atas

pertama: katering
kedua: pengasuh bayi dan kanak-kanak
ketiga : event (tak kiralaa event kecil seperti birthday party ke)
keempat : penulis novel ker penulis skrip ker
itu jer yg terlintas dalam fikiran aku, ada sapa sapa nak tambah tak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 12:24 AM | Show all posts
jualan online..

buat kraftangan

hmm tak de idea dah..

jaga anak orang tu okay jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 01:12 AM | Show all posts
Buat pasaran bagi program affiliate, ebook dan produk produk lain ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 02:59 PM | Show all posts
based on real life experience, kawan aku resigned dan jadi certified translator. tapi ni kena dapatkan kelulusan dengan Institut Terjemahan Negara dulu. Caj course mahal, tapi nasib kawan aku amik masa dia masih kerja dgn company. lepas resigned, dia buat kerja translator. mula daripada bawah, translate iklan. lama2 skrang, dah translate buku/ laporan.

best oo kerja translator. dah la dibayar ikut perkataan. cam kawan aku dibayar 20 sen satu perkataan. kalau report tebal, free2 aje dia dapat m30k-40k . sama cam gaji kita setahun utk kerja sebulan dia. cuma kerja ni mmg jenis kejar masa dan kena ikut dateline.

tapi aku bangga la dgn dia, setahun dah boleh bawa anak2 jalan2, tukar kete, gi umrah.. takyah terlibat dgn MLM :p

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2013 03:23 PM | Show all posts
walaupun saye masih bekerja..
saye duk fkr ape yg boleh menjana pendapatan bile jadi surirumah tangga sepenuh mase nanti..hehe
bercita2 jugak..hehe
konon nak jage anak org+ boleh jage anak sendiri..
dan buat bakery ker..
aritu ade g belajar buat roti...
laaa senang rupenyer yer...
now mmg duk bisnes kecil2an..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:18 PM | Show all posts
khailya posted on 8-5-2013 03:23 PM
walaupun saye masih bekerja..
saye duk fkr ape yg boleh menjana pendapatan bile jadi surirumah tang ...

belajar wat roti kat mana?berminat pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2013 05:28 PM | Show all posts
hmmm...saya nak jugak buat bisnes kat umah...
sy still bekerja...so x boleh lah nak jaga anak org
tp sy rasa sy akan buat tuisyen untuk budak2 kecik...tuisyen atau ajar mengaji
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:40 PM | Show all posts
farahida6554 posted on 8-5-2013 05:18 PM
belajar wat roti kat mana?berminat pulak..

kt sini...
nti cuba la tanyerakak ni..

https://www.facebook.com/ainazshoppe.niqfazliena
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 06:01 PM | Show all posts
sama lar dah nak pose nie...kene asah kemahiran buat kek balik la kot..atau pun buat kuih apa2 yg senang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 04:28 AM | Show all posts
bakery................ Last edited by cmf_anisss84 on 10-5-2013 05:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 04:54 PM | Show all posts
editttttttttttttt
Last edited by cmf_anisss84 on 10-5-2013 05:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 04:55 PM | Show all posts
edit..................
Last edited by cmf_anisss84 on 10-5-2013 05:01 PM

Comments

sy edit post awk....  Post time 10-5-2013 04:58 PM
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 01:08 PM | Show all posts
khailya posted on 8-5-2013 05:40 PM
kt sini...
nti cuba la tanyerakak ni..

owh...tq...
tapi jauh la plak tempatnye..kat kajang nun..huhu..
xpelah..tq for the info..ada rezeki lh g blajar..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 04:06 PM | Show all posts
makcik kat area rumah aiols buat durian creap jah. SETIAP hari hokey. paling sikit dia buat bawah 200pc taw.
cemburu sbb aiols tak pandai buat kuih tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2013 04:24 PM | Show all posts
fuh..byk lagi kalo nak buat bisnes dari rumah...

dulu ai ada cita2 nak bukak kedai makan...berkonsepkan rumah...so org yang nak makan tu rasa mcm makan di rumah dan suasana pun dirumah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 04:58 PM | Show all posts
errr...... kepada semua forumer diminta mematuhi rule di ATW...semua urusan jual beli adalah dilarang.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 05:28 PM | Show all posts
ops..ok..sorry..sbb topik psl bisnez utk suriumah..juz nak membantu..sori mod..
ok TT..kklu nak tau pe2..pm ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 07:47 PM | Show all posts
xsabar nak habes study. nak g kursus bwt kek,menjahit,nak kje kat umah je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.626084 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list