Mereka terkenal dan mereka mempunyai pengikut tersendiri. Namun di sebalik kejayaan mereka hari ini, peminat tidak pernah tahu siapa dan apa yang mereka lakukan sebelum bergelar selebriti. Apa pun, jom kita intai agaknya siapa mereka sebelum terkenal...
Brad Pitt
Maskot ayam (Brad Pitt)
Hero pujaan Angelina Jolie ini sebenarnya pernah bekerja di sebuah restoran Mexican tempatan. Lucunya, dia bekerja untuk mempromosikan restoran itu dengan mengenakan kostum ayam dan menari di sana setiap hari.
Lady Gaga
Penari bogel (Lady Gaga)
Sesuai dengan imejnya, maka tidak hairanlah pelantun Poker Face ini pernah bekerja sebagai penari bogel ketika berusia 18 tahun.
Penggubah dekorasi (Jon Bon Jovi)
Siapa sangka, penyanyi terkenal ini mempunyai kemahiran dalam penggubahan. Malah dia pernah menggubah dekorasi ketika perayaan Krismas.
Penghantar surat khabar (Tom Cruise)
Di zaman remajanya, bekas suami Katie Holmes ini hanyalah seorang budak penghantar surat khabar. Namun kini, dia antara bintang filem termahal di Hollywood.
Model makanan anjing (Drew Barrymore)
Siapa sangka bintang filem Charlie Angels ini dahulunya pernah menjadi model komersial bagi makanan anjing dan bijirin.
Pelayan restoran (Jennifer Aniston)
Sebelum diangkat sebagai teraju utama dalam perfileman Hollywood, aktres berambut cantik ini pernah menjadi pelayan kedai makan.
Pelayan restoran (Sandra Bullock)
Seperti Aniston, aktres jelita ini juga mengakui pernah bekerja sebagai pelayan kedai makan sebelum bergelar bintang.
Maskot pisang (Megan Fox)
Pelakon seksi ini pula pernah bekerja di sebuah kafe yang mana memerlukan dia mengenakan kostum pisang.
Jual pen (Johnny Depp)
Bayangkan di masa silamnya, 'lanun' kesayangan ramai ini pernah bekerja sebagai penjual pen!
Madonna (kiri) bakal berdepan tindakan undang-undang daripada Le Pen
Ambil pesanan (Madonna)
Jika dahulu mereka yang gemarkan Dunkin' Donut membuat pesanan daripadanya, namun kini tidak lagi. |