CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3546|Reply: 11

Amanda Peet terus menyerlah

[Copy link]
Post time 13-4-2013 03:22 PM | Show all posts |Read mode
AKTRES berusia 41 tahun ini memulakan kariernya sebagai pelakon sekitar 1955. Ketika itu, dia baru sahaja menamatkan pelajaran di Universiti Columbia.
       
        Walaupun mempunyai latar belakang pendidikan yang bagus, namun minat mendalam terhadap dunia komersial mengatasi segalanya.
       
        Kerana itu, dia memberanikan diri dan berjinak-jinak menyertai pelbagai uji bakat sebagai model iklan komersial sebagai permulaan.
       
        Tidak perlu menunggu lama, berbekalkan wajah eksotiknya, pemilik nama Amanda Peet ini sekelip mata menjadi perhatian pengarah.

       
        Menariknya, pada tahun itu juga, dia telah dilamar membintangi filem pertamanya arahan Craig Singer yang berjudul, Animal Room.
       
        Selepas itu, pelbagai filem lakonan hebatnya menyusul seperti She’s the One, Grind dan Touch Me.
       
        Bahkan, setiap tahun ada sahaja buah tangan terbaru dari Peet ketika itu.
       
        Kerana prestasinya juga, dia berpeluang berdampingan bersama George Clooney and Michelle Pfeiffer menerusi filem One Fine Day.
       
        Sedikit mengenai kariernya sebagai pelakon drama pula, Peet amat terkenal menerusi drama bersiri Spin City, Sinfield dan Jack & Jill.
       
        Penangan Kate Curtis
       
        Terkenal menerusi gayanya yang bersahaja ketika membawakan watak yang diterimanya, Peet pernah diangkat sebagai aktres versatil dalam arena seni Hollywood.
       
        Bagi pengkritik filem negara itu, ibu kepada dua anak ini mampu menggalas pelbagai genre peranan dengan baik.
       
        “Dia mampu menjadi wanita kelakar, psiko, romantik serta yang melibatkan aksi.
       
        “Ini dapat dilihat menerusi filem Saving Silverman, Something’s Gotta Give, Identity dan The X-Files: I Want to Believe,” kata mereka.
       
        Pun begitu, dalam banyak-banyak filem lakonannya, bintang filem A Lot Like Love ini, paling diingati  ketika menjadi Kate Curtis menerusi filem 2012 sentuhan pengarah Roland Emmerich.
       
        Dalam filem itu, Peet memainkan peranan sebagai pelajar perubatan yang juga bekas isteri kepada salah satu watak dalam filem bencana alam box-office itu, Jackson.
       
        Buah tangan terbaru
       
        Baru sahaja muncul menerusi filem The Good Wife tahun lalu, tahun ini Peet tidak terkecuali membuka tahun ini dengan buah tangan terbarunya.
       
        Mengambil judul Identity Thief, filem ini memerlukan Peet membawa watak sebagai Trish iaitu seorang isteri yang nekad membantu menyelesaikan masalah menimpa suaminya, Sandy.
       
        Mengulas mengenai wataknya kali, bagi Peet, ia tidak memberikan sebarang kesukaran kerana dia sudah sinonim melakonkan pelbagai genre filem mahupun drama.
       
        “Setiap kerja yang diterima pasti ada cabarannya, namun apabila sudah sebati dalam diri, ia menjadi satu keseronokan pula.
       
        “Pun begitu, bekerja dengan pengarah Seth Gordon adalah pengalaman yang hebat,” katanya.
       
        Bakal ditayangkan bermula 2 Mei ini di pawagam seluruh Malaysia, filem ini turut dibarisi pelakon terkenal Hollywood seperti Jason Bateman, Melissa McCarthy, Jon Favreau, Tip T.I  Harris, Genesis Rodriguez, Morris Chestnut, John Cho, Robert Patrick dan Eric Stonestreet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2013 06:33 PM | Show all posts
mula berlakon pada tahun 1955??... biar betul.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 11:14 PM | Show all posts
jack & jill best!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:55 AM | Show all posts
cter ngan ashton kutcher tu best
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 12:13 PM | Show all posts
el-ain posted on 15-4-2013 11:14 PM
jack & jill best!

Aku pun minat Tgk Citer Jack & Jill.. Best... tapi siri tu sempat bertahan 2 seasons jer.. kempunan nak tau sambungannya.


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 06:09 PM | Show all posts
cmf_Kimmy posted on 13-4-2013 06:33 PM
mula berlakon pada tahun 1955??... biar betul.

typo tu. 1995. TVC skittles.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2013 08:51 PM | Show all posts
mangobubble posted on 16-4-2013 12:13 PM
Aku pun minat Tgk Citer Jack & Jill.. Best... tapi siri tu sempat bertahan 2 seasons jer.. kempuna ...

ko tgk katne? seingat aku kat tv3 kan dulu? dh ingt2 lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 11:33 AM | Show all posts
el-ain posted on 16-4-2013 08:51 PM
ko tgk katne? seingat aku kat tv3 kan dulu? dh ingt2 lupa...

Haah, tgk kat tv3 la time tu. skrg ni pun masih layan sekali sekala kat youtube.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2013 11:36 AM | Show all posts
mangobubble posted on 22-4-2013 11:33 AM
Haah, tgk kat tv3 la time tu. skrg ni pun masih layan sekali sekala kat youtube.

kat youtube boleh tgk kat link ni... http://www.youtube.com/user/Kitminsun?feature=watch . rasenya user tu upload full series.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 10:59 PM | Show all posts
Season 1 je ek?season 2xder?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 11:18 PM | Show all posts
el-ain posted on 15-4-2013 11:14 PM
jack & jill best!

alahai, best nya series tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:11 AM | Show all posts
Bestke jackand jill nanti nak tengok lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051608 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list