CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3356|Reply: 10

Demi Lovato bangga disamakan Kelly Clarkson

[Copy link]
Post time 13-4-2013 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Dilimpahi populariti sejak berusia tujuh tahun lagi pastinya bukan mudah buat penyanyi jelita ini menjalani kehidupan normal. Sisi hidupnya sentiasa jadi perhatian dan peminat semestinya dahagakan lebih lagi daripada penghibur serba boleh ini.


Demetria Devonne Lovato atau Demi Lovato, 20, membesar dengan status artis dan membuktikan kesungguhannya tidak pernah bernoktah. Saban tahun dia memperkukuhkan kariernya dan usahanya berbaloi kerana dia kini antara bintang muda paling relevan.






Diberi jolokan ikon pop, andaian mengenai penyanyi ini bakal mengikut jejak beberapa nama besar lain seperti Britney Spears, Lady Gaga dan Nicki Minaj pastinya juga berlegar di minda peminat masa ini.

  Masih lagi bersih daripada sebarang kontroversi dan fokus utama lebih kepada profil nyanyiannya, pada usia semuda ini tidak mungkin juga Demi terjebak dengan ‘kegilaan’ tiga nama terbabit.

Britney pernah mengejutkan dunia dengan perubahan mendadak menjadi gadis sosial dan tiada arah, Gaga dengan penampilan tidak masuk akal manakala Nicki yang pelik serta bermulut lancang.

Dalam pertemuan eksklusif bersama RAP, di Kuala Lumpur, baru-baru ini, diajukan soalan demikian ternyata Demi dalam dilema sama ada mahu bersetuju atau tidak elemen sebegitu perlu untuk membuatnya lebih ke depan.

  “Menyedari berada di zaman remaja, saya tidak tahu dan tidak mahu menentukan apa yang akan saya lakukan pada masa depan. Banyak yang saya mahu capai untuk diri saya sendiri namun pada masa sama tidak mahu korbankan masa muda.

  “Masing-masing ada cara sama ada munasabah atau tidak untuk mencapai tahap di mana kepuasan maksimum dapat dicapai. Saya tidak kata Britney, Gaga dan Nicki bukan contoh baik namun tidak menafikan mereka tetap berjaya juga.

Tiada perancangan ke arah itu namun saya merasakan suatu hari nanti saya juga akan menjadi ‘gila-gila’ kerana saya masih muda,” katanya.

  Jelas penyanyi yang kini popular dengan lagu Heart Attack itu, dia masih lagi bergembira dengan hidupnya dan menyangkal terkongkong dengan kehidupan glamor. Meskipun kesibukannya tidak pernah surut, dia pasti akan mencuri masa untuk sekurang-kurangnya melepak bersama teman-teman ataupun pergi bercuti.

Bagaimanapun, kebanyakan masanya kini lebih tertumpu kepada keluarga dan lebih selesa memilih untuk menenangkan fikiran di rumah. Dia mendapat lebih kepuasan berdiam-diri sebegitu serta rehatnya juga cukup sebelum kembali bekerja.

Bercerita mengenai karier­nya pula, Demi yang mula menempa nama selepas membintangi Camp Rock bukanlah penyanyi sembarangan dan vokal menjadi kekuatan utamanya. Tidak terkecuali, persembahannya cukup memukau setiap kali tampil bertenaga menakluk pentas.

Namun demikian, kerana vokalnya yang hebat dan lebih matang itu juga sedikit menjadi persoalan kerana ia jelas menyisihkan keremajaannya. Tidak ketinggalan, nyanyiannya juga ada iras-iras idolanya sendiri, penyanyi hebat Kelly Clarkson.
Tidak melenting malah lantas mengukir senyuman bangga, Demi sebaliknya menyifatkan perbandingan itu satu penghormatan buatnya.

“Saya membesar dengan mendengar lagu-lagu ramai penyanyi hebat termasuklah juga Kelly Clarkson. Dari dulu lagi saya sentiasa mengingatkan diri-sendiri apabila bergelar penyanyi suatu hari nanti, saya mahu jadi sehebat mereka.

“Jujur saya katakan, saya amat berbesar-hati jika benar orang bandingkan kematangan vokal saya menyerupai Kelly kerana dia memang mengagumkan pun. Kenapa mesti babitkan umur untuk mencapai ke tahap itu sedang­kan itulah juga yang saya mahukan biar peminat sedar kemampuan saya,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2013 02:07 PM | Show all posts
dia nampak agak berumur dengan rambut blonde.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 02:40 PM | Show all posts
20??imgtkan middle 20..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 02:04 PM | Show all posts
aku salah baca, aku terbaca demi lovato bangga di saman kelly clarkson
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 04:33 PM | Show all posts
kukukatablog posted on 14-4-2013 02:04 PM
aku salah baca, aku terbaca demi lovato bangga di saman kelly clarkson

aku pun terbaca cam tu gak...  
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 10:18 PM | Show all posts
hanalisa posted on 13-4-2013 02:07 PM
dia nampak agak berumur dengan rambut blonde.

itu la... nampak berumur kalu dia blonde...
dia sesuai rambut itam je... nam pak sesuai dgn umur dia yg masih muda tu..
pic ni nampak chanteq dia...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2013 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni muka mmg nmpk matured wlpn umur 20..masa aku kenal dia ni ingatkn middle 20-an..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 11:18 AM | Show all posts
cantik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2013 01:10 AM | Show all posts
dulu pas break up ngn one of jonas brother
die masuk pusat pemulihan kan?
frust menonggeng time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 11:21 AM | Show all posts
baru 20an.. erkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 08:06 PM | Show all posts
Lagu dia ni berjaya memukau i selama beberapa minggu ni... so powerful.. u go girl..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.045682 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list