CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2384|Reply: 0

Lawson mahu tawan Malaysia

[Copy link]
Post time 10-4-2013 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Jika sebelum ini mereka hanya tampil mengisi slot artis pembuka tirai kepada beberapa nama besar, hasrat untuk terjun ke arus perdana bukan lagi sekadar angan-angan.


Ditubuhkan sejak 2009, Lawson bagaimanapun bukan calang-calang pencapaian setakat ini dan beberapa lagu hit mereka sudah pun berjaya menawan hati peminat seluruh dunia.



Kumpulan dari Britain yang dianggotai Andy Brown (vokal, gitar), Ryan Fletcher (bass), Joel Peat (gitar) dan Adam Pitts (dram) kini mula menjadi sebutan apabila populariti mereka mula setanding dengan boy band yang lebih popular sebelum ini seperti One Direction dan The Wanted.  



Tahun 2011 menjadi tahun yang benar-benar memperkenalkan kumpulan ini apabila mereka menjadi artis jemputan The Wanted pada konsert jelajah rakan senegara itu. Dari situlah, perhatian mula tertumpu berikutan persembahan ditunjukkan berjaya memikat dan mengagumkan penonton.

Tidak mensia-siakan pendedahan demikian untuk mengukuhkan lagi nama mereka, Lawson juga turut diberi penghormatan menjadi artis pembuka buat penyanyi rock fenomena Avril Lavigne, Will Young dan juga Westlife.

Pada 2012, mereka yang bernaung di bawah label Polydor Records berpangkalan di London melancarkan album sulung berjudul Chapman Square. Single pertama When She Was Mine juga tidak mengecewakan apabila berjaya mendaki kedudukan keempat carta berprestij, UK Singles Chart.

Kerap berkumandang di stesen radio tempatan juga, Lawson pastinya bukan lagi nama asing bagi pendengar tegar stesen radio berbahasa Inggeris di sini apabila lagu popular Standing in the Dark dan Taking Over Me semakin menjadi siulan.

Berita gembira buat peminat Lawson di sini apabila mereka bakal berkunjung buat pertama kali ke Malaysia bermula esok hingga Ahad ini dalam rangka mempromosikan album terbabit serta menawan peminat di sini.

Selain berkunjung ke beberapa stesen radio untuk sesi temu bual, bagi peminat yang mahu menonton persembahan mereka, sebuah showcase juga bakal diadakan pada jam 7 malam, Sabtu ini bertempat di Stage Club, Avenue K, Kuala Lumpur.

Dibawakan secara eksklusif oleh Universal Music Malaysia, peminat boleh mendapatkan pas persembahan itu dengan hanya membeli album Chapman Square versi ‘deluxe’ di semua kedai muzik terpilih sekitar Lembah Klang. &#173eminat yang mempunyai pas terbabit juga bakal berpeluang beramah-ramah mesra dengan kumpulan berkenaan pada sesi autograf.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037563 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list