CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6779|Reply: 17

Suami Putus Nafsu Kerana Sikap Isteri!

[Copy link]
Post time 9-4-2013 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Lazimnya, masyarakat mengetahui bahawa masalah seks lelaki hanya berkaitan mati pucuk atau ejakulasi pra matang. Disebabkan perkara sebeginilah maka keinginan untuk bersama menurun hingga mengecewakan perasaan isteri.

Bagaimanapun, tidak ramai yang menyedari bahawa masalah seksual lelaki bukan kerana faktor itu saja bahkan turut disumbangkan oleh sikap isteri sendiri. Ada suami tiba-tiba hilang ghairah ketika klimaks lantaran respons yang diberikan isteri kurang menyenangkan. Selain itu ada beberapa lagi sikap isteri yang tanpa disedari membuatkan suami putus nafsu.


Sering Penat Bila Diajak Bersama
Isteri mudah berasa letih berbanding suami. Jika mereka bekerja, bebanan tugas di pejabat membuatkan keinginan untuk bersama berkurangan. Bila diajak bersama, isteri mula menunjukkan reaksi bosan dan bersikap pasif ketika aktiviti berlangsung.
Perkara sebeginilah yang membunuh nafsu suami. Sebaiknya ketepikanlah perasaan tersebut kerana bukan setiap hari anda perlu melakukan hubungan seks. Malah dikatakan seks berupaya mengurangkan tekanan selain menyihatkan tubuh badan. Ingat, perkahwinan adalah proses lengkap-melengkapi seterusnya menjaga antara satu sama lain dan bukannya memikirkan tentang diri sendiri.

Mengkritik Suami
Ada sahaja yang tak kena bila hubungan baru hendak bermula. Janggut tak cukur bersih, kuku tajam, badan berbau dan macam-macam alasan lagi. Semuanya menyakitkan hati. Mungkin ia sekadar gurauan tetapi bagi suami ia sudah cukup merosakkan mood di kala itu. Bukan tidak boleh merungut tetapi itu bukanlah masa yang tepat. Mungkin ketika suami sedang berehat menonton televisyen atau membaca surat khabar, anda digalakkan berbuat demikian tetapi tidak di masa itu.

Perlu Ikut Peraturan
Itu salah, ini salah. Semuanya tak betul caranya sedangkan aktiviti seks adalah sesuatu yang perlu dinikmati bersama. Terlalu banyak peraturan dan petua yang harus diikuti semata-mata merosakkan keintiman di kala itu. Tak perlu ikut orang lain dan jadilah diri sendiri. Selagi tidak melanggar hukum-hukum agama maka teruskanlah. Bukankah ijab dan kabul itu telah menghalalkan hubungan keduanya.

Bebelan Isteri
Perlu diketahui bahawa suami mengidamkan satu suasana yang aman dan tenang untuk melakukan hubungan asmara. Bukannya diselang-seli dengan suara anak-anak yang membingitkan telinga atau bebelan isteri yang tak tahu bila waktu berhentinya.

Tiada Lagi Kemanjaan
Mungkin ada sesetengahnya memberikan alasan bahawa tubuh badan yang tidak lagi ‘menyengat’ serta usia yang semakin lanjut membuatkan isteri-isteri ini semakin malas untuk bermesra. Jangan begitu, kerana suami masih lagi mencintai anda jika layanan, belaian, pujukan serta sifat-sifat manja dan prihatin yang dulu masih lagi dipraktikkan.
               

Last edited by rosemary70 on 9-4-2013 10:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 11:05 AM | Show all posts
      
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 12:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 06:20 PM | Show all posts
suka la syaitan bila suami dan isteri gaduh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 07:14 PM | Show all posts
isteri pun boleh hilang nafsu pada suami.bila  mana masa nakkan sex..cakap bukan main manis.bila lps tu cakap kasar..tolong pun tanak,sume harap bini 24 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 12:34 AM | Show all posts
mmg potong stim kalau janggut baru nak tumbuh tu cucuk pipi halus aku, sakit gila
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2013 01:25 PM | Show all posts

Sering Penat Bila Diajak Bersama
hehe...keje kt opis, aku settle kt opis..tk yah nk bawak balik umah..sharp 4.30 ptg, aku balik..so, semua ketensionan keje..aku tinggalkan selepas 4.30..tk yh nk fikir2 sgt..

Mengkritik Suami
hehe..jrg aku nk kritik time nok2 tu...cam bodo jek rasa nye...nk kritik ke, nk mrh ke, kena sebelum @ selepas kejadian..hahaha

Perlu Ikut Peraturan
tk ikut rules pun, ikut suka hati kita org ajek..

Bebelan Isteri
no no no bebel2...diam utk sesuatu yg mendamaikan..itu lbh baik..hahaha

Tiada Lagi Kemanjaan
ye ke?..ada aihhh



Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 04:16 PM | Show all posts
annor_maira memang isteri mithali.. beruntung suami dier...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 08:38 PM | Show all posts
Sorry to say perempuan melayu ni kalau keluar rumah punyalah berhias dan pakai baju cantik-cantik.
Kat rumah dgn suami dgn bau busuk tak mandi, pakai baju selekeh, kuat berleter manalah nak naik nafsu suami.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 10:09 PM | Show all posts


terbaik post ini
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 02:09 AM | Show all posts
Nice



Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 08:38 AM | Show all posts
kluangman posted on 11-4-2013 08:38 PM
Sorry to say perempuan melayu ni kalau keluar rumah punyalah berhias dan pakai baju cantik-cantik.
...

glupp!!! terasa ramai binik2 diluar sane.

tp betul gak, haram hukumnyer berhias utk org lain selain suami.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 10:32 AM | Show all posts
Isteri putus nafsu kerana sikap suami pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 10:59 AM | Show all posts
dua2 pihak mainkan peranan...suamipun kena pandai belai hati isteri
hati dan jiwa isteri perlukan belaian...bukan sentuhan fizikial je
moral support, sedikit penghargaan dah cukup buat hati isteri kembang
wangi2kan diri, pakai yang seksi yang buat hati isteri teruja

isteri pula kenalah berhias, pakailah yang paling seksi di mata suami
suamikan cepat respon dgn apa yang dilihat, kena pulak manja manja....
tp dalam byk keadaan, isteri snts nak lihat suaminya puas dan bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 03:02 PM | Show all posts
sama la kalo laki panas baran, kaki pukul, perah duit bini.

Hensem camne pun jd hodoh takde selera
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 03:51 PM | Show all posts
isteri je ke nk kena wangi..cantik...bersih....
suami x yah ke...
nk isteri wangi...tp diri sendri bau kepam...dgn bau asap rokoknya lg..
alolooo pls laaa....tolak ansur la skit kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2013 03:37 PM | Show all posts
kluangman posted on 11-4-2013 08:38 PM
Sorry to say perempuan melayu ni kalau keluar rumah punyalah berhias dan pakai baju cantik-cantik.
...

  terbaek lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 03:39 PM | Show all posts
tp kan... kdg2 ragam anak nak membesar pun leh matikan nafsu isteri n suami..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.513300 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list