6 Kerjasama Dengan Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Mengadakan kerjasama dan perkongsian bijak (Smart Partnership) dengan
pihak persatuan/NGO tertentu seperti Persatuan Profesional Melayu
Malaysia(PPMM). Cth: Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Di Sektor
Awam bagi mendedahkan calon mengenai teknik penilaian S.P.A. bagi urusan
pengambilan, peperiksaan, assessment centre dan temu duga.
7 Sesi Taklimat Di Sekolah-Sekolah
Sesi taklimat kepada sekolah-sekolah bagi mempromosikan fungsi S.P.A. dan
peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam bagi memupuk minat orang awam
terhadap Perkhidmatan Awam.
8 Taklimat Berkenaan Urusan Pengambilan S.P.A.
S.P.A. bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memberikan
taklimat kepada calon yang memohon berkenaan kaedah pengambilan S.P.A.
termasuk tips untuk menghadapi temu duga. Taklimat tersebut merupakan salah
satu aktiviti di bawah Program Modal Insan 1Malaysia (MI1M) yang bertujuan
memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat
persediaan untuk menghadapi urusan pengambilan di Sektor Awam.
9 Taklimat Kerjaya Bagi Menggalakkan Penyertaan Kaum Lain
Taklimat kerjaya juga telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan
Maharajalela pada 5 Ogos 2012, di Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu
pada 3 September 2012 dan Sekolah Menengah Tiong Hua, Sandakan pada 4
September 2012. Urus Setia SPA Cawangan Sarawak juga telah mengadakan
‘Outraech Programme’ (Taklimat Kerjaya & Tip-Tip Temu Duga dan Pendaftaran
Online) bersama NGO Kaum Dayak di :
1. Dewan Suarah Limbang – 16 Mac 2013
2. Dewan Setia Simunjan, Samarahan – 23 Mac 2013
3. Bilik Gerakan PBB Sadong Jaya, Samarahan – 24 Mac 2013
10 Karnival Kerjaya
Karnival kerjaya telah diadakan di Bangunan Persekutuan Greentown, Ipoh pada 2-
3 Oktober 2012, di Dewan Serbaguna Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak,
Kuching pada 30-31 Oktober 2012, di Dataran Majlis Daerah Pekan, Pahang pada
5 Disember 2012 dan di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh pada 23
Januari 2013 yang turut melibatkan pelbagai Kementerian dan Jabatan. S.P.A. juga
mengadakan Karnival Kerjaya di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA)
dan Sekolah Mengah Sains Sembrong, Kluang Johor.
11 Iklan Secara Berterusan
Iklan kekosongan jawatan dibuat secara berterusan di portal S.P.A., facebook dan
twitter akan diteruskan disamping iklan juga akan diiklankan di akhbar berbahasa
Melayu, Tamil dan Cina, crawler di RTM dan hebahan radio. Ini bertujuan agar lebih
ramai calon daripada pelbagai latar belakang dan tempat dapat akses kepada iklan
pengambilan S.P.A.
12. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menambahbaik Urusan di SPA
Sehingga kini, SPA telah mewujudkan 7 Jawatankuasa Khas bagi menambah baik
urusan pengambilan dan perkhidmatan di SPA seperti Jawatankuasa Khas
Mengkaji Penyertaan Kaum Cina, Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum
India, Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Urusan Pengambilan Orang Dayak,
Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Urusan Pengambilan Negeri Kelantan,
Jawatankuasa Khas Membincangkan Isu Lantikan Kontrak JPNIN, KEMAS dan
KPKK.
13 Tapisan Awal Sebelum Memanggil Calon Temu Duga
S.P.A. akan menjalankan tapisan awal kepada calon yang akan dipanggil temu
duga melalui Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI). Tapisan yang terlibat
melibatkan taraf kewarganegaraan, status kebankrapan, rekod jenayah. Untuk
tujuan itu, S.P.A. sedang bekerjasama dengan jabatan seperti Jabatan Pendaftaran
Negara, Jabatan Insolvensi Malaysia dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan.
Sistem ini sedang menjalani tempoh POC selama 3 bulan.
14 Menjalankan Temu Duga Pada Waktu Malam Dan Hujung Minggu
Temu duga pada waktu malam dan hujung minggu dijalankan atas permintaan
calon.
15 Temu Duga Dijalankan Sepenuhnya Oleh Kementerian/Jabatan
S.P.A. juga telah mewakilkan kuasa secara one-off kepada Kementerian dan
Jabatan untuk mengendalikan sepenuhnya urusan temu duga.
16 Waktu Panggilan Temu Duga Berperingkat (Mengikut Jam)
Panggilan temu duga kepada calon akan dibuat mengikut jam di mana bagi
Kumpulan P&P dan Sokongan I sebanyak 4 calon akan dipanggil bagi setiap jam
manakala Kumpulan Sokongan II sebanyak 5 calon akan dipanggil bagi setiap jam.
17 Nisbah Calon Temu Duga Ditingkatkan Kepada 1:15
Bagi membolehkan lebih ramai calon berpeluang untuk menghadiri temu duga.
Bilangan calon temu duga harian ditambah dari 15 kepada 30 bagi Kumpulan P&P
dan dari 30 kepada 40 Kumpulan Sokongan untuk membolehkan lebih ramai calon
dipanggil temu duga
.
18 Pelantikan Semula Pegawai Perubatan Tanpa Temu Duga
Pegawai Perubatan yang telah meletak jawatan boleh dilantik semula secara tetap
ataupun kontrak tanpa perlu dipanggil temu duga.
19 Melaksanakan Sistem Temu Duga Bersepadu (SISTEB)
SISTEB dilaksanakan bagi pengambilan calon ke skim perkhidmatan dalam
klasifikasi perkhidmatan yang sama dan mempunyai syarat lantikan yang sama.
Sistem ini juga dilaksanakan bagi Latihan Separa Perubatan.
20 Pelantikan Tetap PTD Kontrak
S.P.A. melantik tetap Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 yang masih
berstatus Kontrak. Semua pegawai tersebut pernah lulus dalam peperiksaan dan
diperakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing.
22 Kelonggaran Tapisan Bagi Calon Berkelayakan Sarjana Dan PhD
Calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda yang tidak melepasi tapisan kerana
CGPA yang rendah tetapi mempunyai kelayakan Sarjana atau PhD boleh dipanggil
temu duga dengan syarat ijazah pertama diiktiraf, bidang yang relevan dan
memenuhi syarat skim perkhidmatan.
23 Wakil Kuasa Pelantikan Kontrak 0S29000
Calon yang diperakukan oleh Kementerian/Jabatan yang pertama kali dilantik
secara kontrak di bawah OS29000 diwakilkan kuasa temu duga kepada pihak
Kementerian/Jabatan. Calon lantikan kontrak yang mengisi jawatan tetap di bawah
OS11000 juga diwakilkuasa temu duga kepada kementerian/Jabatan oleh S.P.A.
24 Pertukaran Tarikh Temu Duga
Permohonan pertukaran tarikh dan tempat temu duga boleh dipertimbangkan
berdasarkan permohonan calon. Walau bagaimanapun, pertukaran LTD hanya
boleh dibenarkan bagi urusan temuduga yang melibatkan jumlah calon dan LTD
yang kecil setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pengerusi LTD.
25 Tiada Temu Duga Bagi Calon Yang Diluluskan Pertukaran Pelantikan
Calon yang diluluskan pertukaran pelantikan tidak perlu ditemu duga oleh S.P.A.
dengan syarat calon memenuhi syarat skim perkhidmatan berkenaan.
26 Tiada Temu Duga Bagi Lepasan Latihan Jururawat KPSL
Pelatih Jururawat KPSL yang tamat latihan dan diperakukan oleh KKM tidak perlu
ditemu duga semula sebaliknya akan terus dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.
27 Temu Duga Khas/ Best Talent
Temu Duga Khas/ Best Talent akan dijalankan bagi calon-calon berikut:
i. memperolehi Ijazah Kelas Pertama; dan
ii. memenangi pingat mewakili Negara dalam sukan di peringkat antarabangsa
seperti Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel.
Pelantikan mereka hendaklah ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dengan
kelulusan yang mereka milik.