View: 1431|Reply: 0
|
Wajah Carnie Wilson terjejas?
[Copy link]
|
|
Melalui akaun Twitternya, Carnie Wilson mendedahkan bahawa dia bertarung dengan penyakit Bell Palsey (penyakit disfungsi saraf wajah).
“Saja hendak memberitahu kamu semua saya kena Bell Palsy di sebelah muka saya sekarang. Menakutkan dan malang tetapi kini sudah sembuh, “ tulisnya.
Menurutnya, dia merawat penyakit ini menggunakan kaedah akupunktur dan ia ternyata berkesan.
Sementara itu, Wilson kelihatan lebih yakin dengan penampilannya sekarang selepas membuat pembedahan membuang lemak pada Januari tahun lepas.
“Saya tidak terdesak untuk mencari kesempurnaan tetapi perkara ini perlu dalam kehidupan kita,” katanya.
Mempunyai dua anak dan jadual kerja yang sibuk, membuatkan kesihatan Carnie sering terganggu. Bagaimanapun tahun ini, Wilson nekad untuk mencapai kesihatan yang lebih baik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|