View: 3811|Reply: 3
|
PERGINYE ADIK HAZMAN SHAHIR.... BERSEORANG KETIKA KERTA PEPERIKSAAN MASIH DI ...
[Copy link]
|
|
SHARING WT ALL MOMMY.... TABAHLA KITA DALAM MENDIDIK AMANAH ALLAH SWT
Ibu panggil ana ke ruang tamu, makan bersama sambil tengok TV Al-Hijrah. Makan malam paling sayu ana pernah rasakan. Mata ibu sudah berkaca melihat rancangan di TV Al-Hijrah 'Perginya Hazman... Seribu Pengertian...." tentang pemergian adik Hazman, kembalinya seorang hamba Allah ke pangkuan Penciptanya. Al-Fatihah.
Allah.. Begitu besar ujian buat keluarganya, begitu tabah hati si ibu yang memikul tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anaknya dengan didikan agama, begitu kentalnya jiwa adik Hazman yang menanggung derita sakitnya namun tidak pernah lupa akan Allah. Ibu sudah teresak-esak, kami berdua gelak kecil diiringi airmata yang tak henti mengalir. Gelak yang dibuat-buat kerana hati tak mampu menahan lagi sebak....
Ana terharu, kagum, tak terkata. Betapa insan teristimewa yang diuji dengan ketidaksempurnaan fizikal, yang terlantar di katil, yang harus diusung ke sana ke mari walau di dalam kelasnya, namun masih kuat semangatnya untuk menimba ilmu. *insaf* Betapa insan pilihan Allah ini, prinsipnya untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad, telah Allah makbulkan hajatnya. Hingga ke saat akhir untuk menjawab peperiksaan SPM, saat itu jualah Allah menjemputnya kembali ke pangkuan Allah.
Di saat terlantar sebegitu, masih digagahkan untuk solat menghadap Yang Maha Pencipta. Insan yang tersemat surah Al-Waqiah di dadanya.. Bahkan adik kepada Hazman yang sakit juga begitu mengutamakan solatnya. Sempat membacakan Yasin buat arwah abangnya. Pilu bila terkenangkan rata-rata remaja zaman sekarang yang sihat tubuh badan, sempurna anggota, namun memandang ringan soal ibadah solatnya sedangkan perkara pertama yang akan dihisab kelak adalah solat.
Alhamdulillah urusan arwah dipermudahkan. Benarlah, hamba Allah yang sentiasa mengingatiNya, maka khusnul khatimah buatmu. Ya Allah, matikanlah kami hamba-hambaMu dalam khusnul khatimah, dan jauhkanlah kami daripada su'ul khatimah, Ya Allah...
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, semoga Engkau tempatkan hambaMu ini dalam kalangan orang yang beriman, di sisiMu Ya Allah... Dan berikanlah kekuatan pada keluarganya yang begitu tabah mengharungi dugaan dariMu, semoga dipelihara keluarga ini dan semoga diberi sihat tubuh badan dan kebahagiaan buat adiknya jua... Teruskanlah menjadi pejuang di jalan Allah, doa kami mengiringi....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tq for sharing. Saya xtgk rancangan tu. Tapi membacanya di sini pun dah cukup rasa tersentuh dan insaf. Moga Allah tempatkan Adik Hazman di syurga. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah... die mmang seorg insan yg terpilih.... upsr he got 4a, 1b... pmr he got 5a, 2b , 1c..he's also gud in reading quran,,
. wish anak anak kite dapat menjadikan beliau sebagai teladan...
tapi allah telah menjanjikan taman syurga buat beliau di sana....
hati saya amat terkesan dgn ketabahan adik hazman...
Last edited by tasha on 19-3-2013 10:14 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|