Momod kalau dah ada.. cantas jer lah yer...
hehehe
Kuala Lumpur: Kira-kira tiga minggu lagi, peminat penyanyi kebanggaan Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna, 26, bakal mendengar alunan vokalnya dalam filem animasi terbaru Hollywood, The Croods yang menampilkan suara Nicholas Cage, Emma Stone dan Ryan Reynolds.
Mendendangkan lagu tema berjudul Shine Your Way, Yuna digandingkan dengan vokalis kumpulan Owl City, Adam Young. Lagu berkenaan adalah hasil ciptaan komposer handalan, Alan Silvestri yang sebelum ini menghasilkan skor muzik untuk filem besar seperti Back to the Future, Forrest Gump dan Cast Away.
The Croods yang akan memulakan tayangan 21 Mac nanti, diarahkan sutradara tersohor, Chris Sanders yang pernah menghasilkan filem animasi pecah panggung seperti The Lion King, Mulan, Lilo & Stitch, Beauty and the Beast dan Aladdin.
Dibantu pengarah bersama, Kirk Demicco, filem itu hasil terbitan DreamWorks Animation SKG, edaran 20th Century Fox. YUNA mencipta sejarah baru karier seninya.
Jurucakap 20th Century Fox Malaysia, Jessica Au Yong berkata, pihaknya sangat berbangga dengan pembabitan Yuna dalam lagu tema filem itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06
|