CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1663|Reply: 0

Rumput tiruan lengkapi kompleks belia

[Copy link]
Post time 22-2-2013 09:57 AM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN – Kompleks Belia dan Sukan Paroi kini dilengkapi padang rumput tiruan jenis ‘fieldturf’ sekali gus menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak rumput tiruan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, padang rumput tiruan yang bernilai RM2.5 juta itu akan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 1 Mac ini.

“Padang bola sepak rumput tiruan ini telah mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.

“Padang  ini akan melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks ini untuk orang ramai bersukan dan beriadah,” katanya ketika melawat padang bola sepak rumput tiruan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali.

Menurutnya, kos penyelenggaraan padang rumput tiruan itu lebih murah berbanding padang rumput asli.

“Dalam tempoh 15 tahun penggunaannya, dijangka tahap kepudaran warna rumput hanya sebanyak lima peratus dan padang ini boleh digunakan dalam apa keadaan sekalipun sama ada panas atau hujan.

“Para pengunjung boleh menikmati kemudahan rekreasi ini dan kita mahu ianya dapat dirasai orang ramai ketika melakukan aktiviti sukan dan riadah di kompleks sukan ini,” katanya.

Kompleks Belia dan Sukan Paroi menyediakan pelbagai kemudahan sukan antaranya padang bola sepak, futsal, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, boling padang dan snuker.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048789 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list