View: 4424|Reply: 19
|
Tips Pengguna : Penjagaan Keselamatan Tayar
[Copy link]
|
|
(Tips Pengguna - Automotif)
Selain enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga kepada tayar baru boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan tersebut serta menghadapi permukaan jalan yang tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tip keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna berkaitan tayar:
- Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
- Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi. Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan angin tayar.
- Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.
- Segera baiki tayar yang tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
- Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
- Jangan gabungkan tayar berbunga dengan tayar tidak berbunga. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kemalangan yang serius.
- Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil untuk membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar bertekanan udara.
- Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
- Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya.Ini kerana anda tidak tahu sama ada tayar tersebut mempunyai kerosakan atau tidak sempurna untuk digunakan.
Sumber : http://www.kereta2u.blogdrive.com
|
|
|
|
|
|
|
|
good info. kita pun dah lama tak check tayar ok ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
good info. kita pun dah lama tak check tayar ok ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya tayar kena tukar setiap berapa tahun..?
tayar kereta aku belum pernah tukar, sudah 6 tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
sofea_damira posted on 28-1-2013 01:43 PM
selalunya tayar kena tukar setiap berapa tahun..?
tayar kereta aku belum pernah tukar, sudah 6 tah ...
Sebik-baiknya setahun sekali...
Setidak-tidaknya dua tahun sekali...
Paling kurang, kalau dah "botak" tu, tukaw le... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kuppit posted on 28-1-2013 05:12 PM
Sebik-baiknya setahun sekali...
Setidak-tidaknya dua tahun sekali...
aku selalu g kedai tayar, minta tecnician dia org cek, diaorg kata tayar aku ok lagi...
tu yg aku tak tukar2 lagi... dah 6 tahun aku guna....
sebiji tayar harga dlm berapa..? |
|
|
|
|
|
|
|
sofea_damira posted on 28-1-2013 07:11 PM
aku selalu g kedai tayar, minta tecnician dia org cek, diaorg kata tayar aku ok lagi...
tu yg aku ...
tgok size le... dalam lingkungan RM100 - RM1000(ni tayo lori) |
|
|
|
|
|
|
|
kuppit posted on 28-1-2013 05:12 PM
Sebik-baiknya setahun sekali...
Setidak-tidaknya dua tahun sekali...
aku minta technician keta tgk2 kan tayar keta aku, tapi diaorg kata still bleh guna, bunga2 tayar pun tak botak lagi pun...
tu yg aku pun pelik, dah 6 tahun guna... apapun, aku nak kena tukar juga la.... |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang tanya;
kalau tayar tak cukup angin..apa efek dia plak pada pemanduan or kereta or tayar..
sekian, terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemanduan akan jadi seperti naik sampan ....
selain dari itu apa apa berkenaan dengan penyerap hentakan mungkin akan bengkok ....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yeepi_33 posted on 4-2-2013 10:49 AM
tumpang tanya;
kalau tayar tak cukup angin..apa efek dia plak pada pemanduan or kereta or tayar.. ...
pemanduan jadik tak besh.. dan akan merosakkan tayar menghakis bunga tayar dan getah tayar.. hakisan mgkn jadik tak serata tepi tayar akant terhakis dan menyebabkan kene beli tayar baru
|
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 6-2-2013 08:28 AM
pemanduan jadik tak besh.. dan akan merosakkan tayar menghakis bunga tayar dan getah tayar.. hakis ...
emm...
terima kasih mod gen..
|
|
|
|
|
|
|
|
sofea_damira posted on 30-1-2013 07:25 PM
aku minta technician keta tgk2 kan tayar keta aku, tapi diaorg kata still bleh guna, bunga2 tayar ...
leh tahu ni tayar keta brand apa nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Nezar posted on 13-2-2013 11:12 PM
leh tahu ni tayar keta brand apa nih?
continental...
|
|
|
|
|
|
|
|
sofea_damira posted on 13-2-2013 11:17 PM
continental...
okay...dah tukar ke belum? 6 tahun tak pernah tukar tayar tu lama sangat tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nezar posted on 13-2-2013 11:20 PM
okay...dah tukar ke belum? 6 tahun tak pernah tukar tayar tu lama sangat tu....
dah tukar... thanks...
itu la.. lama sgt...
|
|
|
|
|
|
|
|
sofea_damira posted on 13-2-2013 11:32 PM
dah tukar... thanks...
itu la.. lama sgt...
okay...elok sangat arr tukar..tuk keselamatan diri dan kereta gak tu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|