CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2295|Reply: 5

Guardiola sedia kembali melatih

[Copy link]
Post time 8-1-2013 11:08 PM | Show all posts |Read mode
BEKAS pengurus Barcelona, Pep Guardiola mengumumkan bahawa beliau kini telah bersedia untuk kembali semula dalam bidang kejurulatihan setelah tujuh bulan berhenti membimbing mana-mana pasukan.

Guardiola, 41, yang membimbing Barcelona meraih 14 trofi dalam empat musim di Nou Camp bagaimanapun menjelaskan, beliau masih belum mempunyai pilihan mana-mana pasukan untuk dibimbingnya.

"Saya sudah memutuskan untuk kembali menjadi jurulatih, namun belum ada keputusan kelab mana yang akan saya bimbing.

"Yang pasti saya bersedia melatih," tegas Guardiola.

Sejak bercuti dari dunia bola sepak tahun lalu, Guardiola banyak dikaitkan dengan beberapa kelab. Antaranya Barcelona sendiri, Manchester United (MU) dan Chelsea.

Guardiola yang juga dikaitkan dengan kelab Jerman, Bayern Munich, berkata, ia akan menjadi 'kurang hormat' apabila bercakap tentang mana-mana pasukan yang kini mempunyai jurulatih.

Dalam pada itu, Guardiola yang tinggal di New York selepas meninggalkan Sepanyol berkata, beliau masih mengikuti perkembangan Barcelona meskipun telah meninggalkan kelab tersebut.

"Saya terus menonton Barcelona di TV dan bagi saya kelab itu menunjukkan kemajuan yang besar, sebuah pasukan yang hebat," katanya pada sidang media di Ballon d'Or Fifa di mana bintang Argentina, Lionel Messi mengekalkan status sebagai pemain paling terbaik di dunia apabila mempertahankan gelaran berprestij itu buat kali keempat berturut-turut semalam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 04:26 AM | Show all posts
guardiola ni memang antara manager terbaik
guardiola > tito
barcelona pun dah memang team kuat
mudah untuk manager nak manage team macam tu

p/s: award semalam tak fair lansung
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 09:16 AM | Show all posts
aku x sangka die ni sombong giler!
cristiano ronaldo hulur tgn utk slm ms award tu, die toleh pstu die wt xtau je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 03:58 PM | Show all posts
A little disappointed that Guardiola decides to go with Bayern Munich, hoping that it's Chelsea before. Not a big watcher of Bundesliga games but I guess he wants the top top teams who have already created their name. Chelsea...well, they're not really showing that much greatness this season, they're inconsistent and suffer loss from teams who you wont expect to defeat them. BUT STILL WANTED THE MAN WITH CHELSEA!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 09:23 AM | Show all posts
elok la cuba nasib tempat lain utk buktikan dia masih boleh berjaya wlpun tanpa nama besar di barca. cari team baru n bagi naik dalam  masa 2 3 tahun. msti mampu buat comeback
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 10:29 PM | Show all posts
dia akan ke bayern ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.045005 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list