View: 2740|Reply: 5
|
Ariel beri keterangan kepada polis
[Copy link]
|
|
JAKARTA - Artis Indonesia, Ariel hadir untuk menjalani pemeriksaan sebagai saksi di Polda Metro Jaya, semalam dalam siasatan berkaitan laporan seorang pramugari, Magdalena Wuy, yang mendakwa nama baiknya terjejas ekoran satu laporan media online.
Laporan tersebut mendakwa dirinya sebagai pasangan dalam skandal terbaru melibatkan vokalis kumpulan Noah itu.
"Ya, ada berita yang tidak betul. Jadi disiasat siapa yang bercakap tidak benar. Memerlukan keterangan daripada saya)," kata Ariel malam tadi selepas proses soal siasat selesai.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham menjalani proses pemeriksaan kira-kira satu jam setengah.
Dia pula mendakwa ada pihak yang sengaja memainkan isu tersebut selain merasa teraniaya akibat laporan berita itu yang dianggap tidak betul.
"Sudah pasti. Tentu ada orang lain yang menyebarkan berita tak betul ini. Sudah pasti. Penyebaran berita bohong ini, saya merasa dianiaya," katanya.
Sebelum ini, Magdalena melalui peguamnya, Jeanne Margareth Dumais, melahirkan bantahan terhadap berita yang dilaporkan sebuah media online yang mengatakan bahawa dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Ariel sedangkan dirinya sudah bersuami.
Berita itu muncul apabila Ariel dan bandnya, NOAH menjalani siri jelajah ke lima negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang nak sabotaj kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham paham dengan agenda agenda diorang ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
skrg dia dah ada group baru kan ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|