CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3106|Reply: 2

Kehangatan konsert J-Rock Showcase A-Sketch Special vol. 2 di Singapura

[Copy link]
Post time 11-10-2012 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Sambutan hangat terhadapJ-Rock Showcase A-Sketch Special vol. 1 yang berlansung pada March awaltahun ini menyebabkan penganjur sekali lagi mengadakan konsert yang serupa.  Dibawakan oleh J-live Asia dan A*Sketch, J-RockShowcase A-Sketch Special vol. 2 menampilkan sekali lagi Weaver untuk kali ke-2 bergandingan dengan Flumpool yang berupertama kali dating ke Singapura untuk menghangatkan pentas *Scape Warehouse dengan persembahan bertenaga mereka yang diadakan pada 15 September 2012 di Singapura.

Sebagai persembahan perbukaan pada malam tersebut, Weaver menyemarakkan kehangatan dengan persembahan yang istimewa. Kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahliiaitu Shouta Okuno (bass), Toru Kawabe (drum) dan Yuji Sugimoto (piano danvocal), seperti yang dijanjikan semasa temubual pada hari sebelumnya. Semua ahli kumpulan memperkenalkan diri mengunakan bahasa English dan Mandarin demi untukmerapakan jurang diantara peminat. Yuji turut menyatakan bahawa beliau tidak menyangka akan berpeluang lagi datang ke Singapura secepat ini untuk membuat persembahan untuk kali ke-2 dan berasa gembira dapat bertemu kembali dengan peminat di sini.

Pada sesi MC, Yuji turut memaklumkan bahawa beliau sukakan ice kacang dan ingin melawat Chinatown pada kunjungan kali ini. Toru turut berkongsi pengalamannya bercuti ke Singapura bersama keluarga, dimana beliau berkesempatan melawat Singapore flyer serta pergike Night Safari dan melihat banyak binatang seperti singa dan buaya. Toru dan Shouta kemudiannya bertanding siapa lebih menyukai Singapura sebelum di potong oleh Yuji yang berada di tengah tengah .

Usai persembahan terakhir mereka untuk lagu Bokura noEian”, Yuji kemudiannya mengumumkan sendiri membenarkan penonton mengambil gambar dan video, kerana telah diberitahu bahwa para media bahkan penonton dilarang  untuk marakam gambar dan video sepanjang konsert tersebut berjalan. Ianya sesuatu yang sangat jarang buat mana mana konsert. Kemunculan mereka pada malam itu disudahi dengan Yuji sebagai wakil kumpulan mereka meminta kebenaran peminat untuk bersama sama mengambil gambar kenangan.

Konsert ini merupakan konsert pertama Flumpool di Singapura, Flumpool dianggotai oleh RyutaYamamura (Vocal), Kazuki Sakai (gitar), Genki Amakawa (bass) dan Seiji Ogura(Drum). Terdapat masa terluang diantara pengahkiran persembahan Weaver dan kemunculan Flumpool disebabkan oleh atur semula kedudukan alat musik sebelumFlumpool memulakan persembahan bertenanga dengan lagu Kakusei Tragedy”. Sewaktu memperkenalkan ahli kumpulan Ryutamengambil kesempatan untuk bergurau dengan memperkenalkan pemain gitar, Kazuki sebagai Doremon dan pelawak terkenal.

Selepas berehat seketika, persembahan diteruskan dengan laguKimi yo Tsurute”, trak dalam single Answer” yang bakal dikeluarkan November 2012. Walaupun mereka memainkan hampir kesemua lagu dari albumBecause…I am” , mereka tidak melupakan juga lagu kegemaran peminat seperti  MW –DearMr.&Ms. Pikaresuku dan "Kimi ni Todoke" sebelum diakhiri dengan "Akashi". 13 lagu seolah olah tidak cukup bagi penonton dan permintaan mereka "Hoshi no Negai". Konsert yang berlangsung selama 3 jam ini berakhir dengan kepuasan peminat ke duu-dua buah kumpulan.


List lagu :

WEAVER
               1.Kanseitou
               2.66 banme no kisha ni note
               3.Tsuyogari Banbi
               4.Reice
               5.Kiminotomodachi
               6.Hard to say I love you
               7.Nijigen Genga
               8.Dokidokiseikai
               9.Shine
<Encore>
               10.Bokura no Eien
Flumpool
               1.Kakusei Identity
               2.Calling
               3.Labo
               4.Kimiwotsurete
               5.Touch
               6.two of us
               7.Natural Venus
               8.Bega
               9.reboot
               10.Because… I am
               11.MW –Dear Mr.&Ms. Pikaresuku
               12.Kiminitodoke
               13.Akashi
<Encore>
               14.Hiderenjia
               15.Donnamirainimoaihaaru
               16.Hoshi no Negai


Setinggi tinggi terima kasih dan penghargaan buat penganjur, Jlive Asia, A*Sketch dan Asiawerkz di atas jemputan untuk membuat liputan bagi sepanjang konsert J-RockShowcase A-Sketch Special vol. 2


Artikel oleh : linome
Editor oleh : isabel


Last edited by isabel on 11-10-2012 04:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2012 04:40 PM | Show all posts
Last edited by isabel on 2-11-2012 11:08 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 04:43 PM | Show all posts
reserve for photo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 1.112905 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list