CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2362|Reply: 1

WEAVER: Kami Ingin Berjumpa Dengan Peminat di Malaysia

[Copy link]
Post time 11-10-2012 03:17 PM | Show all posts |Read mode


Pada 14 September 2012 yang lalu bertempat di M Hotel, Singapura, CARI Malaysia telah berkesempatan untuk bertemu dengan WEAVER sempena dengan persembahan mereka untuk J-ROCK showdown A*Sketch vol 2. Sesi temubual  exclusive selama 30 minit ini banyak berkisar mengenai perkembangan dari sejak mula debut mereka sehinggalah terkini serta mengenai persembahan di Singapura.

Bermula aktif pada pertengahan October 2009, WEAVER mempunyai kombinasi band sedikit luarbiasa kerana bagi sesebuah band kebiasaanya terdapat pemain gitar utama . Tetapi untukkumpulan ini cuma dianggotai oleh 3 pemuda iaitu Yuji Sugimoto (Piano & Vocal), Shouta Okuno (Bass)dan Tōru Kawabe (Drum). Pada mulanya band ini terdiri daripada 4 ahli tapi pemain piano mereka terpaksa meninggalkan band kerana melanjutkan pelajaran ke universiti. Pada mulanya mereka ingin mencari penganti tetapi ada pihak yangmencadangkan agar mereka menumpukan pada 3 ahli sahaja dan mencadangkan Yuji bermain piano. Yuji bersetuju untuk mencuba dan hasilnya adalah gabungan tersebut kekal sehingga sekarang.



CARI Malaysia :
Kenapa Yuji memilih untukbermain piano berdiri?

WEAVER :
Biasanya bermain piano pemain harus duduk apa lagi bila memainkan lagu berentak jazz dan klasik tetapi saya ingin memberikan imej yang lebih agresif dan rock dan bila berdiri, peminat boleh melihat saya dan saya juga dapat melihat dengan jelas semua peminat yang berada di bawah pentas.

CARI Malaysia :
Sejak dari dulu, kebanyakan lagu-lagu WEAVER adalah mengenai impian dan harapan. Apa yangmenyebabkan anda memilih untuk menyanyikan lagu yang bertemakan sedemikian?

WEAVER :
Kami sangat menitikberatkan setiap hal dalam menyampaikan masej positif kepada peminat dalam membantu memberi dorangan dan harapan pada ketika sekira mereka di dalam kesusahan. Ini sememangnya sebab utama kenapa kami memilih subjek sebegini iniuntuk music kami.


CARI Malaysia :
Kebanyakan peminat mula meminati WEAVER apabila anda menyanyikan lagu “Hard To Say I Love You”, iaitu lagu tema untuk drama “Sunao ni Narakute”. Apa pendapat anda dan adakah anda semua menonton drama tersebut?

WEAVER :
Lagu tersebut sangat bermakna dan istimewa kepada kami apa lagi lagu ini telah membuatkan WEAVER semakin dikenali ramai oleh peminat dan ya, kami semua menonton drama tersebut.


CARI Malaysia :
Album anda, “Jubilation” turut memuatkan komposisi dari Yuji “Makenna” sebagai bonus track. Pada masa akan datang adakah para peminat akan dapat menyaksikan lebih banyak solo dari setiap ahli kumpulan?

WEAVEIR :
Pada masa ini kami belum mempunyairancangan ke arah itu. Disebabkan buat masa ini kami mempunyai matlamat yang lagi besar yang perlu kami capai demi merelasasikan impan yang kami inginkan. Berkemungkinanpada masa setelah segalanya tercapai mengikut rancangan, mungkin baru kami akan cuba untuk melakukan aktiviti solo masing-masing tapi pada masa yang sama kami juga akan tetap aktif sebagai satu kumpulan.


CARI Malaysia :
Single terakhir dari WEAVER, “Egao no Aizu“ adalah pada akhir tahun lepas, adakah anda mempunyai rancangan untuk mengeluarkan single baru pada masa akan datang?

WEAVER :
Sebenarnya kami sedang didalam proses pembikinan single baru dan disebabkan jadual untuk pelancaran tersebut dirancangkan akan dibuat pada musim sejuk nanti maka sekarang ini kami sedang berkerja keras untuk itu.

CARI Malaysia :
Anda mengenali satu samalain sejak sejak dari zaman persekolahan. Bagaimana anda melihat perubahan masing-masing dari dulu sehingga sekarang?

WEAVER :
Yuji: Semasa saya masih muda, saya bukanlah seorang yang berkeyakinan kerana sering mempunyai pemikiran yang lebih banyak bersifat negative.Apabila terlibat didalam dunia music dan sering menyelitkan masej membina menerusi lagu kepada peminat, saya mula membina keyakinan diri daripada peminat yang mendengar lagu kami. Ia memberikan impak kepada keperibadian saya untuk menjadi lebih berani.

Shouta: selepas saya menjadi mahir dan memahami bidang ini, saya lebih banyak memikirkan bagaimana menyampaikan masej didalam lagu selain membuat orang lain gembira, kerana sebelum ini saya tidak pernah berfikiran kearah itu tetapi sekarang saya merasa lebih bertanggungjawab dan matang dalam menyediakan sesebuah lagu dengan setiap maksud yang bermakna yang ingin disampaikan kepada pendengar.

Toru: Selepas saya terlibat dalam bidang music ini terasa dunia seperti lebih luas dari biasa yang saya anggapkan sebelum ini. Kerana kalau sebagai orang biasa, agak sukar untuk berhubung dengan orang disekeliling kita.  Kini, setelah saya sudah dikenali ramai, saya banyak mendapat surat dari peminat yang mengatakan bahawa lagu-lagu kami banyak membantu mereka dalam menghadapi hari-hari sukar. Oleh itu saya merasakan bahawa WEAVER dan peminat dapat saling berhubung dengan rapat hanya dengan melalui lagu-lagu kami.

CARI Malaysia :
Adakah anda sentiasa menyambut hari hari istimewa buat setiap ahli kumpulan anda?

WEAVER :
Tidak sepanjang masa namun sesekali kami akan membeli hadiah untuk satu sama lain juga.

CARI Malaysia :
Anda pernah datang ke Singapura awal tahun membuat persembahan dan sekali ini adalah kali ke-2 anda datang membuat persembahan. Apa perasaan anda kembali ke Singapura sekali lagi?

WEAVER :
Ketika itu ini adalah konsert pertama kami di luar Jepun, kami tidak menyedari bahawa kami mempunyai peminat di luar Jepun. Dan apa yang membuatkan kami teruja adalah semasa persembahan para penonton mengetahui lagu-lagu kami dan bernyanyi bersama-sama dengan kami. Sesuatu yang sangat memeranjatkan sebab kami tidak menyangka akan mendapat sambutan sebegitu dan ya kami gembira untuk datang lagi kesini.

CARI Malaysia :
Dan adakah anda menyediakan sesuatu yang istimewa buat peminat anda untuk konsert kali ini?

WEAVER :
Kami akan cuba lebih berinteraksi dengan peminat. Kami juga akan berusaha untuk lebih berkomunikasi mengunakan bahasa English dan Mandarin.

CARI Malaysia :
Oleh kerana ini merupakan kali kedua anda di Singapura, adakah anda mempunyai apa apa pesanan buat peminat anda di sini terutamanya peminat di  Malaysia?

WEAVER :
Yuji: ini merupakan kali ke-2 kami datang ke Singapura dan kami berasa sangat gembira dapat kembali secepat ini dan kami berharap agar dapat lebih peluang untuk membuat persembahan di Asia Tenggara dan berkemungkinan Malaysia juga. Berharap dapat berjumpa dengan peminat di sana sekiranya mendapat peluang membuat persembahan di Malaysia.

Shouta: Ketika pertama kali membuat persembahan diluar Jepun, saya berasa sangat teruja dan sekarang saya lebih bersedia untuk lebih berkomunikasi dengan peminat pada kali ini dan berharap agar dapat melakukan perkara yang sama di Malaysia dan sekiranya ia terjadi, ini akan membuatkan saya sangat gembira.

Toru:Seperti yang lain saya turut teruja dapat membuat persembahan di luar negara dan amat gembira apabila peminat di sini dapat menikmati music kami. Oleh itu kami berharap akan dapat mempunyai lebih banyak peluang untuk berkongsi music dengan lagi ramai peminat dan saya juga berharap dapat berpeluang berjumpa sendiri dengan peminat untuk sama-sama berkongsi music terutamanya peminat di Malaysia.



Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada J-Live Asia dan dibantu oleh Asiaprwerkz di atas kesudian mengaturkan temubual ini dan seterusnya membawakan WEAVER sekali lagi ke Singapura.


J-Rock Showcase A-Sketch Special vol. 2 berlansung di *ScapeWarehouse pada 15th September 2012.


Artikel oleh  : linome
Editor oleh : isabel

Gambar oleh : linome

Last edited by isabel on 2-11-2012 11:01 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 04:02 PM | Show all posts
tolong~!! yuji saya yg comel ini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.366418 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list