|
Hai semua pembaca blog "Lezza De Blog", terkejut x dengan title kat atas. Sama ada korang ni adalah peminat kipas susah mati SNSD ataupun Anti-SNSD, mesti korang mempunyai tujuan yang sama. Kalau x...x kanlah korang sampai ke blog Lezza ni kan. Saya sedar, blog saya x femes [huhu, jap nk feeling sat].
Kepada semua peminat SNSD, jangan risau because lezza pun Sone jugak. "Sone" tu apa??? Aiyooo, kalau x tau, korang ni bukan fan diorang lah. Haha [Gelak jahat]. "Sone" adalah nama gelaran yang diberikan kepada peminat2 SNSD. Selain itu Lezza juga adalah "Yurisistable" ngan "Taegangster ". Kejadah pulak dua benda tu, Ok ni nak habaq kat hampa yang kata peminat SNSD tu..kena blajaq banyak benda lagi nihh pasai depa. Kui, kui..kalaulah ilmu SNSD Lezza diaplikasikan kat pelajaran, confirm (oopss, InsyaAllah 4.0 every sem), kita melawak ja.
Jangan amik hati no SONE sekalian. Dua benda tadi tu adalah nama peminat untuk Yuri (Yurisistable) dan Taeyeon (Taegangster). Nama2 yang lain nanti Lezza bagi tau nanti k. Jom kita layan gambar2 yang korang mungkin percaya atau tidak.
1. Taeyeon - Taegangster
Taeyeon memang tidak dapat dinafikan memang super cute and super duper dorky girl. Comel gila dari kecik sampai la besar. Kalau diperhatikan mata,hidung..mungkin ada beberapa bahagian kecik yang terkena pisau bedah. Dah lain sikit before and after debut, double eye lid and hidung jadi mancung. Walaubagaimanapun (amik kau, ayat skema dah keluaq), Lezza tetap suka dengan suara yang sangatttttt mantap and sedap tu). Bila part yang tinggi tu...Fuhhh
2. Jessica - Gorjesspazzer
Jessica...Aigooo, lainnya muka you. Dulu gigi Jessica ni x sama, then dia ada pakai pendakap gigi. sekarang tersusun rapi dan cantik gitu. You look gorgeous now, lezza rasa kat mata pun ada part yang diorang ubah or tambah. Basically, double eye lid. Untungla kita orang Malaysia, banyak yang dah dilahirkan ada double eye lid. Toksah susah payah pi pakar bedah buat jadi double pulah. Syukur...syukur..
3. Hyoyeon - Hyounnnies
Memang terang lagi bersuluh, eventhough peminat kipas susah mati hyoyoen sangat menidakkan kebenaran ini, tetapi jelasnya dia memang buat pemedahan dibahagian hidungnya (dan mungkin juga mata). Now, muka hyoyeon seiras-iras dengan pelakon Song Hye Kyo yang popular dengan drama "Full House" dan "Autum In My Heart". dah cantik dah Hyo yeon sekarang =)
4. Yuri - Yurisistable
Yuri-ah...sarangheyo. You dengar x?? haha, omg..she look too cute masa dia budak2. Sekarang menjadi kegilaan para laki2 diluar sana. Lezza suka Yuri bukan pasal dia cantik semata-mata (i'm girl ok). Suka sangat tengok perangai gila-gila dia. Tarian kkabul gila dia yang ntah apa2. maybe itu kot buat Yuri ni unik (dimata Lezza). Oke, pasal muka dia..maybe dia ada buat pemedahan dibahagian mata (seperti biasa double eye lid) and mungkin juga hidung. Hidung dia nampak lagi kecik sekarang.
5. Tiffany - Fanytastic
Tiffany antara yang nampak ketara perubahan sebelum debut dan selepas debut. See, kulit dia yang cerah dan badan yang lebih kurus selepas debut. Maybe she go bleaching somewhere. i dont know. Lain kan....terkejut jugak tengok mula2 tu.Tapi dia ni comel la...terutama masa senyum =)
6. Sooyoung - SooYoungster
Sooyoung juga telah beberapa kali melakukan pemedahan plastik, macam pic kat atas ni. Mula2 kat bahagian mata (double eye lid), then hidung (lebih kecil lepas debut). Selepas promosi single "Hoot" dan sebelum "Mr Taxi", dia jugak telah membuat pemedahan plastik dengan membuang lemak di muka. Patutla runcing je muka dia sekarang kan...Hehe, lagi cantik gitu.
7. Sunny - Sunshiners
Sunny...sunny i missyou, i love you. Eh, tenyanyi lagu superjunior pulak. heee. Macam SNSD yang lain, Sunny jugak ada buat pemedahan di beberapa bahagian . Mungkin mata dan hidung. Sunny nampak sangat comel dalam MV "The Boy"....i love her short hair so much la. Sesuai sangat ngan dia.
8. Yoona - YoonAdict
Hai, ImYoona. Ekeke, Yoona diantara selebriti wanita yang sangat diminati dikorea kerana kecantikkannya. Tetapi, macam jugak SNSD yang lain,Yoona juga telah membuat pemedahan plastik. Antara yang diketahui, 3 kali dibahagian hidung dan sekali mungkin dibahagian mulut. Kita bole nampak kt MV Super junior "U". Muka Yoona sekarang lebih cantik dari dulu =)
9. Seohyun - SeoMate
Diantara semua SNSD, Lezza rasa mungkin seohyun adalah yang paling kurang membuat pemedahan plastik. Muka dia macam sama je ngan dulu. If ada, maybe kat bahagian mata (tempat feveret untuk diubah). You go girl.....cantik Seohyun ni pulak cantik innocent, lain dari Yuri..cantik sexy, Taeyeon pulak cantik comel. Hehehe
Apa yang Lezza coretkan disini adalah pandangan ikhlas dari seorang peminat setia SNSD. Walaupun Lezza cuba menidakkan tapi inilah hakikat. Perubahan wajah diorang sebelum debut dan selepas debut bukan disebabkan pembesaran semata-mata. By right, i still LOVEEE them. Pandangan korang pulak mcm mana? Jom la share2 kat sini. Tekan ja button komen kat bawah ni....
|
|