CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18543|Reply: 37

Agen ugut nak jejaskan pekerjaan kalo tak bayar hutang... boleh ke cam tu?

[Copy link]
Post time 10-8-2012 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Ada mamat tu berhutang kad kredit dgn CIMB, dah bertahun tak byr utang, dari RM6k dah naik jadi RM16K.. Skang dok agen calling2 nakkutip utang on behalf bank.  Agen tu tak dapt call mamat tu, dia fax & hantar surat melalui HR tpt keje mamat tu.. tak cukup lagi mamat agen tu call kat HR, bercakap dengan manager HR, suruh mamat berhutang tu contact dia.  Bila mamat berutang tu contact mamat agen, mamat tu kata la, buat masa ni dia belom mampu buat pembayaran, bla...bla... bla... Mamat agen tu kata, pihak dia nak ambik tindakan kalo masih tak buat bayaran, nanti kos mahkamah naik RM6K, bila dah pegi mahkamah, pekerjaan mamat berhutang turut akan terjejas... boleh ke cam tu? Apa maksud mamat agen tu? Dia nak tahan gaji mamat berhutang itu ke?  Mamat berhutang tu nak clearkan hutan satu persatu skang ni... itu pasal dia kene hold yg CIMB... tolong,,, tolong bagi idea... T. Kasihhhh....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2012 12:37 PM | Show all posts
hutang private takdak kena mengena ngan HR.
tak boleh tolak-tolak gaji ek...
pi deal direct terus ngan bank le...jgn pircaya sgt ngan 3rd party nih..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 12:55 PM | Show all posts
gi direct ngan bank je. ejas la bayar rm50-100 sebulan kalo tak byk pun.
janji payment tu ada dan aktif.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2012 09:36 AM | Show all posts
bzzts posted on 10-8-2012 12:55 PM
gi direct ngan bank je. ejas la bayar rm50-100 sebulan kalo tak byk pun.
janji payment tu ada dan  ...

boleh ke agen tu buat cam tu... menahan gaji yg berhutang tu...

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 12:05 AM | Show all posts
agen tu debt collector ke?
dalam thread pasal DC, aku rasa DC ni takde kuasa nak hold salary orang ni...keje dorang memang suka mengugut pun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 07:57 AM | Show all posts
kabintang posted on 11-8-2012 09:36 AM
boleh ke agen tu buat cam tu... menahan gaji yg berhutang tu...

tak boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2012 10:59 AM | Show all posts
1st assumption aku, mungkin bank dah appoint DC (debt collector) yg baru setelah DC sblm nih tak berjaya recover hutang drpd penghutang.. utk pengetahuan semua, bank mmg appoint beberapa DC agency dan succes rate between agencies varies.. so kalau bank rasa DC tu under perform, dia akan pas file ke DC yg dirasakan boleh recover utang tu..

disebabkan itu lah, DC yg baru nih bersemangat meng"harras" penghutang dan nampaknya method DC yg baru nih lebih extreme dan melibatkan pihak HR syarikat penghutang bekerja.. semua ni sebenarnya adalah kaedah physcology utk menekan penghutang supaya menjelaskan hutangnya.. ingat, dah berhutang mmg kena bayar.. kalau tak bayar mmg kena kejar sampai lubang cacing..

drpd RM6k jadik RM16k memberi bayangan yg hutang nih dah berlanjutan beberapa tahun.. ini adalah kerana hutang asal bertambah tiap2 bulan setelah dikenakan caj lambat bayar (late payment), finance charges, legal fees dah tah hapa2 cost lagi yg hanya bank jer yg tahu.. jika penghutang tak ambil peduli, hutang akan membukit dan dalam masa 2 tahun lagi baki terkumpul akan mencecah RM30k dan pada masa itu baru lah bank akan mendapatkan perintah mahkamah utk membangkrapkan (memufliskan) penghutang.. bila ini berlaku, jabatan insolvensi akan campurtangan dan kehidupan dihari2 mendatang akan jadik tak best..

sepatutnya penghutang berhubung dgn pihak bank utk menjadual semula tersebut.. kebiasaanya bank akan buat satu offer letter utk mengubah kad kredit tersebut kepada term loan utk disettlekan secara beransur2 dalam tempoh 3-5 tahun (terpulang kpd budibicara bank).. tetapi oleh kerana kes nih dah berlarutan bertahun2 lamanya, saya cadangkan supaya penghutang berhubung dgn pihak AKPK http://www.akpk.org.my utk khidmat nasihat dan seterusnya menjadual semula pembayaran bagi pihak penghutang..

DC mmg tak boleh menjejaskan pekerjaan penghutang secara langsung tetapi sebaik sahaja penghutang jatuh bangkrap/muflis, sesetengah syarikat mempunyi polisi tersendiri berkenaan perkara ini dan mungkin akan menamatkan jawatan yg dipegang penghutang..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 08:43 PM | Show all posts
Mcm celaka je dah berhutang tak mampu byr...kot topup,byr kete,beli gadget mahal bole pulak...byr je hutang skit2..skang deb collector tu dah saiko smpi hr kompeni tau..kan dah menjejas reputasi uols secara tak lgsg..malu wei..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 03:12 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 12-8-2012 08:43 PM
Mcm celaka je dah berhutang tak mampu byr...kot topup,byr kete,beli gadget mahal bole pulak...byr je ...

jgn mudah label celaka kat orang.

kawan aku masa tgh stabil mmg tak jarang bawak cash. credit card aje dia pakai. tak penah miss bayar kedit kad, until kompeni dia keje tu bungkus. sejak tu (2003) dia merana la sikit, cari kerja n bergantung pada kedit kad dia sampai 3bulan dia takleh bayar. last2 dia kerja marketing door-to-door. kais pagi, makan petang. sampai la dekat setahun baru dia dpt kerja bagus sikit, kerani akaun. dari situ la dia start balik bayar sikit-sikit utang dia. alhamdulillah lepas setel bayar, dia kena benti keje n dpt vss dgn habuan agak lumayan, dia wat belanja kawen, etc... dan tak sempat abis duit vss, parent company yg dah vss kan dia panggil dia kerja balik.

ikutkan ati aku malas taip panjang2. tapi nak bg contoh jugak, so aku taip jugak.
aku sndiri pun mcm ko jugak, penah mulut lazer n cakap lepas. tapi itu dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 07:51 AM | Show all posts
bzzts posted on 13-8-2012 03:12 AM
jgn mudah label celaka kat orang.

kawan aku masa tgh stabil mmg tak jarang bawak cash. credit  ...

satu cerita drpd encik bzzts yg boleh dijadikan panduan untuk kita semua.. itulah dia kehidupan, langit tak selalu cerah..

cuma bab2 hutang credit card nih ramai yg tak tahu jalan keluar bila dah terkantoi bayar.. mengelak dan lari drpd panggilan2 bank tak dapat menyelesaikan masalah tu..

berbalik kepada cerita TT tadi, hutang mmg RM6k.. kalau kita berterus terang dgn bank cakap kita tak dpt bayar, bank bukannya boleh saman kita on the spot.. malah bank lagi suka sbb dia tawu, kalau dia saman bermaksud kos akan bertambah lagi.. mmg sedap bank cas interest tapi takde gune nya kalau dia tak boley nak recover duit principal yg dipinjam oleh penghutang..

ada satu unit dinamakan "retail collection" utk unsecured loan dlm setiap bank (mungkin nama unit ni berbeza2 antara bank tapi fungsinya tetap sama).. pemegang2 credit card yg bermasalah utk buat bayaran akan direferkan ke unit nih.. selalunya DC akan stop harras penghutang bila dah mereka dah berjumpa dgn pegawai unit nih.. ini kerana penghutang dah sedia utk commit byr balik duit yg dia hutang kat bank..

unit nih akan offer settlement dgn meng"convert" hutang credit card kepada term loan.. so interest credit card 18% per annum (sebenarnya 21% kalau dikirakan eir effective interest rates) tidak terpakai lagi dan digantikan kpd mengikut kadar BLR (base lending rate) iaitu 6.60% (penjimatan 12% utk interest ke atas baki tertunggak) penghutang cuma perlu bayar RM199 sepanjang tempoh 36 bulan berbanding RM300 sekiranya buat minimum payment 5% dan hutang credit card itu tak berkurang sbb setiap bulan interest yg dicharge dah "makan" minimum payment tu.. utk lebih maklumat mcm mana ini boleh terjadi, refer video nih:   http://www.youtube.com/watch?v=Vz05A6cP6Iw

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 09:19 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 12-8-2012 08:43 PM
Mcm celaka je dah berhutang tak mampu byr...kot topup,byr kete,beli gadget mahal bole pulak...byr je ...

ko lagi celaka tau... bukan nak bagi idea ke ape... nak condemn org... mmg la yg si berhutang ni nak bayar utang dia... tp tk mampu nak bayar semua sekali harung, nk jelaskan satu persatu... mmg suatu waktu dulu keadaan dia ok... hidup kita ni umpama roda tau... terima kasih banyak2 la sebab perkataan celaka ko tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2012 09:21 AM | Show all posts
bzzts posted on 13-8-2012 03:12 AM
jgn mudah label celaka kat orang.

kawan aku masa tgh stabil mmg tak jarang bawak cash. credit  ...

bzzts... mmg pon... siberhutang ni merana sebab hubby vss, semua dia nak kene tanggung...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 09:45 AM | Show all posts
si berhutang ni ko ke tt?

adalah satu kesilapan paling besar dan sangat tak cerdik bila buat dono dari bayar hutang cc dengan bank. kalau tak mampu, pegi jumpa dan consult. bukan main hold sendiri2. kalau utang dengan sepupu boleh la buat bolayan sampai 4-5 tahun. dengan alasan nak setel yg lain dulu. itu pun kompom berbakul kena kutuk ngan sepupu tu ha... ini kan pulak bank.  rasa bijak tak apabila hutang 6k dah jadi 16k? tu belum mula bayar lagi..agak2 nak timbunkan sampai jadi berapa? dek kerana malu bertanya kini mamat tu merana.. utang bernilai downpayment kereta dah nak jadi harga sebijik kereta seken.

solution or idea aku.. sama dengan yg kat atas. contact dengan bank. berbincang dengan diorang. ko tau tak, kalau call masa utang tu masih 6k. silap hingga hari ni utangnya masih sekitar amount tu saja.. dengan terma bayaran yg tak membebankan. boleh ejas 100 sebulan, 150 sebulan dan sebagainya.

sekiranya itu incik mamat yg kena harras masih ada hutang lain yg berbakal kena kejar juga. suruh mamat berkenaaan pegi consult dengan bank2 tersebut pada kadar yg segera..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 11:10 AM | Show all posts
dasatgiler posted on 13-8-2012 07:51 AM
satu cerita drpd encik bzzts yg boleh dijadikan panduan untuk kita semua.. itulah dia kehidupan, l ...

salam. nampak macam ko tau pasal loan-loan nih. nak tanya sikit leh?

member aku (pempuan) baru buat personal loan utk belanja kawin adik laki dia tahun lepas (RHB easy) dalam rm10+k.
skrg ni adik dia baru pecah rahsia yg dia (adik) sbenarnya ada loan lain Rm50k lebih, tktau jumlah tu jumlah loan atau jumlah campur interest atau apa, sebab kata si-adik, loan tu dah beberapa tahun sudah.

skrg ni, adik dia takleh bayar balik loan yg sikakak buat tu (rm10+k) sebab nak fokus dia punya loan. dan si kakak terpaksa la duk bayar loan adik rm1k+ sebulan. (loan terms 7 tahun). mujur si kakak gaji cukup.

yg aku nak tanya kat sini ialah, ada cara ke nak kurangkan terms tu dari 7 tahun jadi 10tahun (contoh) sebab rm1k lebih tu agak membebankan bagi member aku ni duk tanggung utang si adik, dan beberapa belanja lain.

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 11:17 AM | Show all posts
kabintang posted on 13-8-2012 09:21 AM
bzzts... mmg pon... siberhutang ni merana sebab hubby vss, semua dia nak kene tanggung...

aku sajes, org yg berhutang tu pegi bank n jumpa officer direct.
tanya pasal loan balance n tanya apa option settlement yg ada.

tanye la diorg paling minima korang leh bayar sebulan berapa?
harap2 kalo dah start wat payment minima, pengutip utang (konsultan/debt collector) tu dah stop ganggu lagi la.


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:07 PM | Show all posts
bzzts posted on 13-8-2012 11:10 AM
salam. nampak macam ko tau pasal loan-loan nih. nak tanya sikit leh?

member aku (pempuan ...

wsalam encik.. nak kater expert tu takder la.. tapi boleh jer kita sama2 kongsi solutions utk keluar drpd hutang2 yg membelenggu..

murni sungguh niat kakak nak membantu belanja kawin adik dia.. cuma dgn cara meminjam kat easy RHB nih interest 14% p.a. utk tempoh 3 tahun.. documentation tahap minimum, approval pulak mudah.. dan kebiasaannya apabila express loan mmg senang & cepat approve sebab tu bank akan cas interest yg tinggi kaw2 punya..

aku punya assumption adik lelaki dia nih misti keja gomen kan?  sbb kakitangan kerajaan mmg senang dpt loan dlm jumlah yg besar (sehingga RM200,000 pun boleh) interest rendah (3.45%-4.5%) dan tempoh yg panjang pulak tu (maximum 20-30 tahun)..

ok dalam usaha nak menangani hutang yg besar nih kena ada plan..

langkah yg pertama:

kakak & adik walk in ke bnm (bank negara malaysia) utk collect ccris report masing2 dulu.. kat dlm ccris tu ada details segala hutang yg pernah dipinjam oleh adik dan baki terkini hutang2 tersebut.. bila dah ada ccriss report maka senang nak evaluate the next course of action..

langkah yg kedua:
listkan segala aset/simpanan yg ada ditangan/bank..
contoh aset ialah: kereta yg dah abis bayar, rumah, tanah kat kampung
contoh simpanan: duit yg ada dalam saving/current account, asb, tabung haji


so bila dah ada info2 nih baru lah boleh plan tindakan seterusnya..


kalau kakak ada aset spt rumah, boleh direfinance semula sebab nilai rumah sentiasa meningkat dan lebihan tunai drpd hasil refinance tu boleh digunakan utk byr hutang easy RHB yg berinterest tinggi terlebih dahulu dan kemudian baru byr hutang adik yg berinterest agak rendah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 01:05 PM | Show all posts
dasatgiler posted on 13-8-2012 12:07 PM
wsalam encik.. nak kater expert tu takder la.. tapi boleh jer kita sama2 kongsi solutions utk kelu ...

trima kaseh diatas respon yg kemas.

rasanya kakak takde aset banyak kecuali kete yg belom abis bayar.
adik mmg dulu keje Kem.kesihatan. tp dah brenti rasanya. tu pasal problem tak dpt bayar.
masa kakak wat loan ari tu pun, adik baru beberapa bulan keje balik n gaji pending lom dapat masa tu.

anyway, si kakak ada bertanya pasal nak gali lubang baru utk tutup lubang lama. paham kan? hehe...
apa pro-kontra dia kalu buat camtu?


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 01:37 PM | Show all posts
bzzts posted on 13-8-2012 01:05 PM
trima kaseh diatas respon yg kemas.

rasanya kakak takde aset banyak kecuali kete yg belom abis ...

hehe.. so betullah telahan ku yg adik lelaki itu kakitangan kerajaan.. adoi dah berenti kerja rupanya.. erm, tu ler ramai yg tak tahu keistimewaan keja gomen, badan berkanun & glc (govt linked companies) berbanding dgn bekerja dgn syarikat swasta sepenuhnya.. antaranya ialah kadar faedah pinjaman bank yg rendah sbb potongan gaji melalui biro angkasa..

anyway teknik gali lobang tutup lobang nih hanya akan berkesan sekiranya dpt memindahkan / menyatukan hutang (debt consolidation) ke hutang yg lebih rendah interestnya.. secara umum dapat aku rumuskan yg kakak mempunyai 2 komitment  hutang yg agak besar iaitu:
1) personal loan = RM393 X 36 bulan
2) hire purchase = RM??? X ?? bulan

(ini tak termasuk hutang credit card sekiranya ada)

so utk apply another personal loan bagi menjelaskan loan sebelum ini, DSR (debt service ratio) akan diambilkira oleh pihak bank.. kalau 2 komitment ni je dah RM1,000/bulan, si kakak haruslah bergaji bersih dlm lingkungan RM4k-RM5k.. ini kerana umumnya, bank
akan reject pinjaman sekiranya komitment melebihi 30% drpd gaji bersih.. (syarat berbeza antara bank) dan bank akan buat credit worthiness check dulu, kalau kat ccris ada angka 1 | 2 | 3 | 2 | 3 maka harapan utk loan itu diluluskan amat2 tipis.. that's why aku suggest ambik ccris report dulu utk evaluate samada loan tu boleh lepas ke tidak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 01:52 PM | Show all posts
dasatgiler posted on 13-8-2012 01:37 PM
hehe.. so betullah telahan ku yg adik lelaki itu kakitangan kerajaan.. adoi dah berenti kerja rupa ...

errr... rhb easy rm15k = 7tahun = rm1k sebulan rasanya.
loan kete aku tktau lak brapa. sori aku tktau detail. hehe. anyway ko punya figure + congak tu aku dh dpt paham konsep dia.

mmg dia ada cari nak buat loan lagi dgn terms yg selesa dgn gaji dia.
cuma belom jumpa loan plan yg sesuai.

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 02:25 PM | Show all posts
bzzts posted on 13-8-2012 01:52 PM
errr... rhb easy rm15k = 7tahun = rm1k sebulan rasanya.
loan kete aku tktau lak brapa. sori aku  ...

si kakak cuba walk in kat bank rakyat, bank islam atau bsn.. tanya pada loan officer tu, mana la tau kalau2 syarikat tempat kerja si kakak ada dalam list panel bank2 nih.. jika syarikat tersenarai dlm list, mudah nak apply loan berinterest rendah dan sekali gus mengecilkan ansuran bulanan dah tempoh bayaran balik lebih panjang..

utk si adik pulak, kena lah carik extra income utk cover balik duit kakak.. kerja part time kat shopping complex ke, jual burger di malam hari ke.. apa2 saja lah yg boleh menambahkan income.. dan dlm masa yg sama, kena mendisplinkan diri tahap extreme bila berbelanja dgn membeli apa yg diperlu sahaja.. kalau sebelum ni makan pagi petang mlm mkn kat luar, makan sahaja makanan yg dimasak dirumah.. dan rancang keluarga, sbb org baru2 kawin mmg kewangan mereka tak stable tapi akan bertambah-tambah parah kalau isteri mengandung 2-3 bulan lepas berkahwin.. banyak wang diperlukan utk bayar hospital, susu anak, nursery anak lepas ni..

insyaAllah dgn tekad, displin dan usaha mereka pasti berjaya keluar drpd belenggu hutang itu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.756121 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list