|
Olimpik: Siapa Bawa Bendera Pun Boleh Jadi Balah?
RAKYAT dibawah ini senyum saja melihat pertelingkahan antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berhubung siapa yang lebih layak jadi pemegang bendera negara di temasya Olimpik London 2012 nanti.
Usaha kita nak tawan emas pertama, itu yang lebih penting. Bukan berbalah siapa patut bawa bendera atau tidak?
Kita perlu ingat, sukan negara kita punya banyak kisah berbalah perkara yang tidak penting, atau menjadikan isu kecil sebagai alasan untuk berbalah sesama sendiri. Cukup-cukulah dengan masalah itu.
Hakikatnya, dikala negara kita dah jauh ketinggalan berbanding kebanyakkan negara Asia di Olimpik, pemimpin sukan kita lebih gemar berbalah perkara yang tidak penting.
Pungutan pingat itu satu hal lah, dari segi pencapaian pun satu hal lain. Di kala kebanyakkan sukan utama dunia seperti bolasepak contohnya, menjadikan Olimpik sebagai medan menguji pasukan muda, kita masih terkial-kial hanya untuk layak saja pun. Dah 32 tahun sejak kali terakhir kita layak di Olimpik (Moscow – itupun tidak menyertai).
Maksudnya disitu, semua pihak berkaitan sukan dalam negara kita perlu lebih serius dalam mengadakan persiapan untuk ke Olimpik. Tapi setakat mana seriusnya tu kalau nak tentukan siapa yang patut bawa bendera pun boleh berbalah.
Majoriti persatuan sukan kita masih bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan kerajaan atau kata lain, wang rakyat. Kalau ada pun yang ditaja organisasi swasta, jumlah itu sangat kecil. Kalau ditolak syarikat berkaitan kerajaan, silap-silap jumlah itu boleh jadi kosong.
Justeru penting untuk rakyat ambil berat dalam hal-hal seumpama ini kerana ia membabitkan wang mereka.
Tapi dalam hati penulis, Datuk Lee Chong Wei patut diberi penghormatan itu dibanding dengan Pandelela Rinong dari sukan renang kerana pencapaian dan harapan yang diletakkannya sebagai pemenang pingat emas pertama negara.
Khabarnya Pandelela sudah disahkan sebagai pembawa bendera, tak apalah, kalau itu keputusannya, kita terima, Cuma yang ramai tak faham, kenapa mesti berbalah?
Artikel disiar pada 09/07/2012 - 10:40 am oleh azean |
|