CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3684|Reply: 18

Umur Adik dah 17, tapi masih bersikap kebudakan

[Copy link]
Post time 12-6-2012 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Saya nak mintak tolong, adik2 saya yang lain semuanye ok, ada yang kerja sebagai engineer dan programmer.
tapi adik last saya ni ada masalah dari kecik lagi, dia tak pandai baca seperti orang normal, dia asyik lupa apa yang dia belajar. dan dia jugak tak pandai menulis. selalu dapat 0/100 dalam peperiksaan. cikgunya berkata dia kurang memberi perhatian masa belajar dan bersikap kebudak-budakkan.
kemahiran dia yg dikenal pasti: dia bole mengaji, ayah saya telah hentikan sekolah dan hantar dia belajar tahfiz.
kekurangan dia : dia faham kalau kita bercakap ..tp tak pandai membaca dan menulis seperti orang lain..
kalau bole nak hantar dia ke tempat yang dia bole belajar kemahiran tertentu , tp masalahnya dia hanya belajar sampai tingkatan 1...kami sudah buntu dan tak tau ape perlu dilakukan...dia hanya tak pandai belajar dan bersikap kebudakan sedikit tp dia berminat dalam bidang2 kemahiran dan dia seorang yang rajin.

diharap dpt membantu kami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 09:31 AM | Show all posts
dari pengalaman i, i ada sepupu yg belajar sampai tingkatan 3 sahaja...
2 pun xsempat amik pmr..jd dia amik kemahiran dekat ikbn...i juga cadangkan u g cari2 under ikb (institut kemahiran baitulmal) 2 lg bagus...adik u boleh dapat elaun under ikb...kalau berjaya diberi praktikal dan boleh terus dapat kerja...ikb 2 terletak di jalan perkasa, kuala lumpur dekat ngan area kg pandan...diberi kemudahan asrama...jd adik u boleh bergaul ngan ramai kwn2 kt situ untuk menambahkan ilmu pengetahuan beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 09:35 AM | Show all posts
terima kasih banyak2...nanti saya call ikb
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 09:38 AM | Show all posts
buat permulaan i cadangkan u pangil cikgu tuisyen untuk mengajar adik u dekat rumah...u beli makanan yg boleh membuatkan adik u fokus tau...contohnya u hidangkan lar ikan salmon...baik untuk fokus...u cari lar apa makanan yg boleh membuatkan otak lebih fokus..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 09:50 AM | Show all posts
1 lg tempat kemahiran yg ok...
giat mara...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 09:52 AM | Show all posts
cuba chek....adakah dia ada penyakit lain....seperti dylexsia..penyakit ssh nk membaca...dan menulis...
kadang2 bile byk sgt maklumat yg cube disuap kepada adik tu dia akan pening...maklumat yg byk....contoh: buka buku muka surat 30, baca perengan 3, baris ke 4...ha...arahan cm tu pn die xdpt nk ikut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2012 09:54 AM | Show all posts
IKB menawarkan kos elektronic...as ape yg saya tahu electronic kos kena study banyak benda...tp adik saya ni tk pandai tulis dan baca
dan memang kami pernah pangil cikgu tuesyen utk ajar adik saya..tp dia masih tak pandai dan cepat lupa ape yg dibaca nye..sampai cikgu tuesyen diapun dah giveup...dia hanya bole menghafal ayat2 alquran dengan lancar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 10:06 AM | Show all posts
kalau penyakit dylexsia ni apakah rawatan yg perlu diberi...dan ada pakar tertu ke yg bole membantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 10:06 AM | Show all posts
smart reader ker...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 10:52 AM | Show all posts
IKB menawarkan kos elektronic...as ape yg saya tahu electronic kos kena study banyak benda...tp adik ...
yasinfi Post at 15-6-2012 09:54 AM



subhanallah.. besarnya kuasa Allah. Dia tak kurniakan kepada adik tt otak cerdas untuk kemahiran dunia tapi Dia bagi otak yang sempurna untuk ilmu akhirat. sedangkan tak semua orang islam mampu membaca al-quran dengan lancar inikan pula menghafaz. jadi tak salah kalau biarkan beliau berada di tahfiz untuk menghafaz al-quran.
dan babe setuju juga dengan cadangan sorang forumer untuk bawa adik tt ke pakar untuk mengenalpasti sama ada beliau mengidap sebarang penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 11:47 AM | Show all posts
Jumpa doktor pakar supaya adik dapat pertolongan yang sepatutnya. Cuba jumpa psychiatrist - dia akan refer ke pakar lain. Tak pun jumpa doktor biasa dan minta dia refer ke doktor pakar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 12:46 PM | Show all posts
sebelum sedara/i nak hantar adik tu ke mana2 pusat kemahiran...saya rasa sepatutnya sedara/i bawa dulu adik tu berjumpe doktor....

biar doktor diagnose dulu keadaan adik tu. sbb dari penerangan sedari/a tu adik TT ni istimewa sikit...perangai pon sedikit kebudak2 -an, perkembangan otak pon adalah sedikit perlahan berbanding umur nya.

saya percaya ibu bapa TT sudah mengenal pasti dan mengesan keadaan adik TT yg perkembangan nya sedikit keterbelakang jadi ingin saya bertanya, pernah kah sebelum ni ibu bapa TT membawa adik berjumpa doktor ? mungkin menghantar nya ke sekolah aliran biasa was not a right decision. tetapi biasa la...kdang2 ibu bapa ni mereka tidak dapat menerima kenyataan bila doktor sudah diagnose yg anak mereka adalah insan istimewa yg memerlukan pendidikan khas...so they're always in denial. ...mereka hantar juga anak itu ke sekolah biasa

anak2 yg istimewa ni bukan tidak ada harapan untuk maju dalam peralajaran, tetapi mereka memerlukan teknik pembelajaran serta silibus yg berbeza dari sekolah biasa....

nasihat saya ,bawalah adik berjumpa doktor...ia masih belom terlambat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 12:56 PM | Show all posts
Reply 1# yasinfi


   masukkan dia ke sekolah kemahiran... manusia ni Allah bagi berbagai2 kebolehan... mana tau dalam diam dia pandai menjahit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 01:37 PM | Show all posts
setakat ni ibu dan ayah tak penah bawa jumpa doctor, sbb ayah saya ingat dia akan berubah bila umur meningkat..tp masih sama sahaja...tp memang aneh, dia boleh menghafaz quran dengan lancar..skrg ni dia dah hafaz sampai juzuq 8...kami adik beradik lain pun tak sepandai dia dlm penghafalan...dan dia tak penah tingal sembahyang dia..sblm bang dia dah p masjid..tp ape yg kami risau dunia skrg bukan mcm dulu...org yg pandai pun senang ditipu..nak dia jadi ustaz bole..tp hanya sekadar mengajar ngaji sahaja..sbb dia tk pandai berkomunikasi dengan baik dngn org lain walaupun dia tahu apa yg islam halal dan haramkan..dan sifat kebudakan dia yg tak berapa matang tu merisaukan kami...takut nanti masa depannya tk seperti org normal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 01:39 PM | Show all posts
saya mendapat maklumat ini dari IKB, saya harap pihak IKB dapat membantu adik...saya sharekan maklumat ini supaya dpt membantu org lain jugak kalau ada masalah seperti adik saya..

Assalamualaikum wrt.

Berdasarkan penerangan Puan, berkemungkinan adik puan boleh di kategorikan dalam kategori oku masalah pembelajaran. Sekiranya puan berminat, adik puan boleh dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) yang terdekat untuk mendaftarkan sebagai oku masalah pembelajaran. Namun sejauh mana kesahihan adik puan tergolong dalam kategori oku ini, puan haruslah mendapatkan pengesahan daripada doktor.Di JKM, puan boleh memohon untuk memasukkan adik puan ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi bagi mengikuti Kursus Pra Vokasional. Antara syarat kemasukan  adalah:
1. OKU berdaftar dengan JKM
2. Berumur antara 14-25 tahun
3. Mampu mengurus diri dan boleh mendapat manfaat dari latihan.
4. Boleh membaca, menulis dan mengira.

Antara kursus pra vokasional yang ditawarkan adalah:
1. Elektronik
2. Komputer
3. Lukisan
4. Jahitan
5. Kraf batik.

Maklumat lanjut puan boleh rujuk di JKM atau di laman web www.jkm.gov.my

Atau puan boleh terus ke
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Jalan Sg. Merab, 43000 Kajang
Selangor
Tel :03-89261996
Fax:03-89261988
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 04:58 PM | Show all posts
sama2 lar kita doakan yg terbaik...
amin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 05:02 PM | Show all posts
Reply 15# yasinfi


    Salam, saya rasa awak bawa jumpa dr dulu, mungkin ADHD atau Dyslexia ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 05:11 PM | Show all posts
thanks sbb banyak bantu saya...ringan sikit hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 11:24 AM | Show all posts
http://www.jkm.gov.my/index.php? ... emid=67&lang=en


About Taman Sinar Harapan.


Objektif
Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan.
Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.
Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.
Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.
Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.

Cara Pemohonan
Permohonan hendaklah melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan sokongan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Tempoh Mengikuti Pemulihan dan Latihan
3 tahun (dengan tempoh percubaan selama 6 bulan).

Program / Aktiviti yang disediakan
Terdiri dari 2 kategori:-
1.     Program Pendidikan Tidak Formal
o    Kelas Pengurusan Diri
o    Kelas Perkembangan Sosial
o    Kelas Agama / Moral
o    Urusan Rumahtangga (Memasak / Mengemas)
o    Kelas Kemahiran 3M
2.     Program Latihan
o    Pemulihan Cara Kerja
o    Latihan Fisioterapi
o    Pertukangan Kayu
o    Kerja Tangan
o    Latihan Pertanian
o    Terapi Muzik
o    Sukan dan Rekreasi
o    Bengkel Kek dan roti
o    Kelas Jahitan
o    Kelas Dandanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062242 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list