CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8362|Reply: 6

8 Tips Menambah Susu Badan

[Copy link]
Post time 30-4-2012 09:59 AM | Show all posts |Read mode
8 Tips Menambah Susu Badan
Rata-rata jika ditanya pada ibu yang menyusu apa yang selalu berlegar dalam fikiran sudah semestinya RISAU jika susu semakin berkurang. Bab ni memang semua ibu paling takut apatah lagi jika menyusu badan sepenuhnya. Apa tips yang perlu dibuat untuk menambah susu badan?

1. Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.
2. Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.
3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.
4. Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.
5. Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.
6. Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.
7. Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.
8. Boleh mengambil supplement untuk emnjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi. Testimoni ibu yang mengambil supplement klik di http://permatacintaku.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2012 10:41 AM | Show all posts
ni nk promo produk la ni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2012 10:53 AM | Show all posts
Reply 2# kiyudi

ada sebut produk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 02:34 PM | Show all posts
Thanks TT sbb share benda ni.
Mmg useful esp utk newmoms n to be..
mintak maaf ye,tp rsnya dh byk kali bukak benang utk tujuan promo shaklee u ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2012 04:00 PM | Show all posts
Reply 4# kodokpisang


    sorry i promo kat pusat komersial/jual beli barang. if ada mungkin entry lama..sorry if disturbing your emo..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 07:31 AM | Show all posts
Reply 5# fatihanum

since u dh tau nk promo2 barang kt thread sana, diharap jgn la bukak benang sebegini rupa lg.
info mmg useful, tp at the end nk promote..
I'm sure ni bukan disturbing 'my emo' sj, tp ramai mommies gak, cuma dorang x express aje


p/s: mod please take action on this..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-5-2012 12:20 PM | Show all posts
Reply 6# kodokpisang

sorry my mistake sbb letak url kt bawah kan. so nx time kt sini i tak perlu la nak letak url kt bawah.
sama jgk mcm signature, sbb i tak dapat nk letak signature sbb tu taip kat situ.
tak kisah jika tak suka sila delete tread ni. niat i mmg nak kongsi tips tu je tp kalau disalah anggap sorry sgt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055306 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list