KUALA LUMPUR: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City), akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.
Ketua Pegawai Jenama Komersial Manchester City, Ian Cafferky, berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Perdana Inggeris itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini adalah peluang untuk peminat pasukan Sky Blues.
"Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC.
"Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik," katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini hari ini.
Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal; Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad; Ketua Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events International Sdn Bhd (Pro Events), Julian Kam.
Sementara itu, Rajagobal berkata kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini dan mengadakan perlawanan persahabatan adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripada latihan persediaan pramusim pasukan.
"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka.
"Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," katanya.
Beliau berkata, dua perlawanan persahabatan dengan skuad antarabangsa iaitu Arsenal FC dan Manchester City sudah diatur pada bulan Ramadan ini adalah tepat dan perlu dilihat dengan positif.
"Kita cuba fikir, mengapa kelab-kelab ini datang ke Malaysia, kemungkinan dia tahu kemudahan di Malaysia terbaik dan mereka melihat pasukan kita ada peningkatan. Ini penghormatan pada kita.
"Wakil mereka juga memberitahu bahawa Manchester City serius membawa pemain yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan," katanya.
Skuad Harimau Malaya turut dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal pada 24 Julai nanti.
- BERNAMA
Sementara itu, Rajagobal berkata kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini dan mengadakan perlawanan persahabatan adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripada latihan persediaan pramusim pasukan.
"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka.
"Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," katanya.
Beliau berkata, dua perlawanan persahabatan dengan skuad antarabangsa iaitu Arsenal FC dan Manchester City sudah diatur pada bulan Ramadan ini adalah tepat dan perlu dilihat dengan positif.
"Kita cuba fikir, mengapa kelab-kelab ini datang ke Malaysia, kemungkinan dia tahu kemudahan di Malaysia terbaik dan mereka melihat pasukan kita ada peningkatan. Ini penghormatan pada kita.
"Wakil mereka juga memberitahu bahawa Manchester City serius membawa pemain yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan," katanya.
satu ayat cliche utk pendedahan satu lagi ayak syok sendiri....hayyaaaa
Semoga dgn menentang 2 kelab gergasi BPL, ranking Msia akan melonjak dan harapnya banyak lagi team daripada BPL, La Liga, Seria A....kami menunggu Barca, Real, AC Milan, Inter, Juve dan kalao boleh kita hanya melayan perlawanan persahabatan dgn kelab2 terunggul. Moga dgn strategi mcm ni, Malaysia dapat masuk ke kelompok 50 terbaik dunia dalam masa 2 tahun. Hidup Presiden FAM!!
interesting comment. infrastructure yang baik, betul. pasukan yang meningkat? SALAH! bekas peminat bolasepak malaysia dah fikir sedalam-dalamnya. bukannya sebab pasukan negara semakin baik, tetapi market di malaysia semakin besar for them to make more money. it's all about money!
kalau betul-betul nak lawan pasukan yang baik or semakin baik, banyak lagi pasukan-pasukan yang lebih baik dari malaysia, all in top 100. checkout mali, gabon, nigeria, el salvador, honduras, costa rica, uganda and panama. tapi market untuk mereka di sana tak sebagus di malaysia. sebab tu mereka datang malaysia.
cuba baca their comments. first few words, it's about the fans, not about excitement playing against harimau malaya.
ur rite even MC marketing officer pun cakap pasal fan base (duit la tu )
tapi KING GOPAL ingat mereka datang sebab tim kita bagus ceh bangga sangat la tu lawa tim bpl
alah setakat lawan...lawan kosong jer la....
yg kaya...yg bawak MC masuk malaysia ngan FAM....
bebudak harimau...dpt penat jer la.....rangking pun tak kira game nih....
setakat dpt tukar2 jersi jer la.....