CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

Saintis cipta tali biola guna sutera labah-labah

[Copy link]
Post time 8-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Tali biola daripada sutera labah-labah yang lazimnya digunakan membuat sarang didakwa mampu menghasilkan bunyi yang lebih indah jika dimainkan oleh pemuzik yang mahir, kata seorang saintis yang berjaya mencipta tali berkenaan. \rRibuan helaian halus yang ditenun bersama untuk menghasilkan tali yang kuat tetapi fleksibel  menjadikan alat muzik sempurna, kata Profesor Kimia Polimer di Universiti Perubatan Nara, Shigeyoshi Osaki.\r\n\n\n\n\r  Osaki yang mempunyai pengalaman mengkaji sutera labah-labah selama lebih  35 tahun, sebelum ini mencadangkan   bahan itu boleh digunakan untuk jahitan pembedahan atau jaket kalis peluru tetapi minatnya dalam biola menjadi inspirasi untuk mencipta sesuatu bagi alat muzik itu.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam proses tenunan benang, bentuknya berubah daripada  silinder kepada poligon, yang bermakna ia sesuai bersama dan lebih baik, kata Osaki.   \r“Ketika pembentangan benang biasa, banyak ruang antara gentian. Apa yang kita dapati tiada ruang antara filamen. Ia menjadikan tali itu lebih kuat. Ini semua boleh digunakan dalam peralatan harian kita,” katanya sambil menambah 300 labah-labah betina jenis Nephila Maculata menyediakannya bahan mentah itu. \rKekuatan dan ketahanan sutera labah-labah bukanlah penemuan baru, dengan kajian sebelum ini menunjukkan ia boleh tahan suhu tinggi dan kesan cahaya ultra ungu. \rOsaki pernah mengeluarkan putaran tali dari sutera labah-labah yang katanya secara teori boleh menampung 600 kilogram berat. \r\n\n\n\rKini, dengan penciptaan terbarunya yang memberikan kegembiraan kepada pemuzik, yang memuji kualiti nyaring biola dari sutera labah-labah bagi nada lembut dan mendalam. \r“Pemain biola profesional akan dapat membezakan sama ada tali itu adalah Stradivarius atau ciptaan  Osaki yang berharga AS$1,200 (RM3,622),” katanya. \r“Ia adalah sesuatu untuk menghasilkan bahan saintifik yang bermakna, tetapi saya juga ingin menghasilkan sesuatu yang boleh diterima masyarakat,” katanya. \rMaklumat mengenai penyelidikan Osaki akan disiarkan dalam Physical Review Letters, satu jurnal Persatuan Fizik Amerika. –  AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037468 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list