View: 234|Reply: 0
|
Sisa mayat mangsa 9/11 dibuang di tempat sampah
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Sisa mayat sebahagian mangsa serangan 11 September 2001 (9/11) dibuang dalam sebuah tapak pelupusan sampah sejak bertahun-tahun lalu oleh sebuah rumah mayat tentera Amerika Syarikat, lapor Pentagon, kelmarin.\rSisa mayat yang dibuang di situ adalah mangsa serangan ke atas Pentagon dan korban pesawat yang dirampas dan terhempas di Shansville, Pennsylvania.\r\n\n\n\n\r Perkara itu didedahkan selepas kajian dilakukan terhadap rumah mayat bermasalah di Pangkalan Tentera Udara Dover, yang dipersalahkan kerana salah urus mayat sesetengah anggota tentera yang maut dalam perang di Iraq dan Afghanistan.\r\r\n\n\n\n\n Pembuangan sisa mayat 9/11 itu disebut ringkas dalam laporan yang memberi tumpuan kepada cara membetulkan masalah pengurusan di rumah mayat berkenaan.\rMayat mangsa 9/11 amat bermakna bagi rakyat Amerika hingga Rumah Putih segera mengeluarkan satu kenyataan, mengatakan Pentagon mengambil langkah memastikan kesilapan seperti itu tidak berlaku lagi.\r“Kami amat bimbang dengan laporan menyatakan pada 2001 ada sisa mayat yang tidak dikenal pasti daripada serangan 9/11 dibuang dalam tapak pelupusan sampah selain cara pengurusan mayat di Dover yang tidak dapat diterima,” kata Rumah Putih.\rPihak berkuasa mengakui, tidak jelas berapa ramai mangsa mungkin terbabit atau sama ada sesetengah mayat milik perampas al-Qaeda.\r\n\n\n\rPihak tentera mengakui tahun lalu bahawa sesetengah sisa mayat askar yang diuruskan rumah mayat Dover di Delaware dibakar dan dihantar ke tapak pelupusan sampah di Virginia, satu amalan yang dihentikan pada 2008.\rTentera kini membuang mayat tidak dikenal pasti ke laut selepas dibakar.\rBagaimanapun, kajian yang dikeluarkan kelmarin turut mengatakan ‘ada sisa mayat korban serangan Pentagon dan tapak pesawat terhempas di Shanksville, Pennsylvania’ juga dibawa ke sebuah tapak pelupusan tidak dikenal pasti.\r“Sisa mayat yang dibakar ini kemudian diletakkan dalam bekas bertutup yang dihantar kepada kontraktor pelupusan sampah bioperubatan,” katanya.\rLaporan itu bertentangan dengan keterangan Tentera Udara Amerika 2011 yang mengatakan tiada rekod menunjukkan bagaimana mayat di Dover diuruskan sebelum 2003.\rSetiausaha Tentera Udara Michael Donley memberitahu sidang media kelmarin beliau tidak menyedari sesetengah mayat mangsa 9/11 dihantar ke tapak pelupusan sampah dan mengakui: “Ini adalah maklumat baru buat saya.”\rNamun Jeneral (B) Tentera John Abizaid yang mengetuai kajian berkata beliau memberi taklimat kepada semua anggota perkhidmatan tentera berhubung penemuan laporannya. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|