CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

Lebih 80,000 rakyat Syria lari ke Jordan

[Copy link]
Post time 27-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AMMAN: Lebih 80,000 rakyat Syria melarikan diri ke Jordan berikutan hampir 11 bulan keganasan di tanah air mereka, kata seorang pegawai kerajaan Jordan semalam.\rBilangan pelarian yang ramai, yang jauh lebih tinggi berbanding angka yang dilaporkan sebelum ini oleh kerajaan Jordan, membuktikan pertumpahan darah yang semakin buruk di Syria berikutan tindakan Presiden Bashar al-Assad cuba menghentikan pemberontakan rakyat negara yang mahukan dia meletak jawatan.\r\n\n\n\n\rMenteri Penerangan Jordan, Rakan al-Majali, semalam berkata 73,000 pelarian memasuki negara itu dari Syria menerusi sempadan utara Jordan. Perangkaan mengandungi pelarian yang memasuki negara itu secara sah.\r\r\n\n\n\n\nMinggu lalu, Kementerian Dalam Negeri berkata sekurang-kurangnya 10,000 rakyat Syria termasuk pegawai pasukan keselamatan memasuki Jordan secara haram sejak kebangkitan bermula, menjadikan bilangan pelarian di negara itu secara kasar mencecah 83,000.\rPelarian yang melarikan diri daripada tindakan ganas Assad mendapat bantuan di Jordan. Kebanyakan mereka ditempatkan di pangsapuri dan sebahagiannya dibantu oleh keluarga Jordan dan menerima bantuan kerajaan, kumpulan persendirian dan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.\rPresiden kebajikan Kitab dan Sunnah, salah satu kumpulan bantuan yang diiktiraf secara rasmi membantu pelarian Syria mendapatkan rumah, makanan dan bantuan rawatan, Zaid Hamad, berkata perangkaan kerajaan tepat dan meramalkan bilangan akan bertambah.\rHamad berkata, pertubuhannya saja membantu sekurang-kurangnya 20,000 rakyat Syria di negara itu.\r\n\n\n\r“Saya percaya dalam masa sebulan bilangan itu akan terus meningkat kerana kami menerima sekurang-kurangnya 40 pelarian sehari,” katanya. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.041722 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list