View: 188|Reply: 0
|
Institusi Raja bukti negara tidak dijajah sepenuhnya
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Tanah Melayu tidak pernah dijajah sepenuhnya oleh British kerana orang Melayu masih mempunyai tempat dalam perkara tertentu, khususnya kedudukan Raja-Raja Melayu, kata pakar sejarah, Datuk Prof Dr Ramlah Adam.\rKatanya, pengekalan institusi Raja-Raja Melayu dan peranan mereka dalam hal ehwal agama Islam serta adat istiadat orang Melayu boleh dijadikan bukti Tanah Melayu tidak dijajah sepenuhnya walaupun pentadbiran waktu di bawah British.\r\n\n\n\n\r “Meskipun British memegang kuasa pentadbiran di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka, mereka tidak ketepikan terus peranan Raja Melayu sebagai anggota mesyuarat... yang dihapuskan hanya peranan pembesar seperti Bendahara dan Temenggong,” katanya pada Kolokium Sejarah Malaysia di sini, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Kolokium dihadiri lebih 400 orang daripada institut pengajian tinggi, persatuan belia, badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan swasta itu dirasmikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.\rRamlah yang membicarakan topik ‘Cabaran Perjuangan Kemerdekaan’ turut menyentuh sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan perjuangan menentang Malayan Union.\rKatanya, semua tokoh sejarah memainkan peranan dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dengan pelbagai cara.\r“Jadi untuk membina negara bangsa Malaysia yang benar-benar memahami sejarah, kita perlu merujuk daripada perjuangan asal tokoh terdahulu,” katanya.\r\n\n\n\rRamlah berkata, jika diteliti bentuk perjuangan tokoh kemerdekaan Melayu pada zaman dulu, budaya perbincangan dan bertolak ansur adalah resepi kejayaan mereka bagi mendapatkan kepercayaan dan kuasa memerintah daripada rakyat.\r“Tiada perbezaan di antara perjuangan dulu dan sekarang... kekejaman bukan modus operandi yang betul untuk seseorang mendapatkan kuasa dalam sesebuah negara.\r“Dulu kita ada parti haluan kanan dan kiri, sekarang ada parti kerajaan dan pembangkang serta tak terkecuali penyokong yang bersifat subversif, tak ada beza... jadi saya harap sejarah jangan dijadikan permainan politik dengan tujuan hanya untuk memenuhi kepentingan peribadi,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|