CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

Panel khas semak keberkesanan perbelanjaan kementerian

[Copy link]
Post time 26-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
IPOH: Sebuah panel khas ditubuhkan bagi menyemak dan menilai keberkesanan perbelanjaan setiap kementerian termasuk agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diperuntukkan menerusi pembentangan Bajet 2012, tahun lalu.\rMenteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata panel itu akan dikendalikan Jawatankuasa Penyiasatan Bajet 2012 Putrajaya yang dipengerusikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\r\n\n\n\n\r  Katanya, melalui jawatankuasa itu, sebuah lagi jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penyelesai Masalah Bajet 2012 diwujudkan bagi mengenal pasti sebarang masalah dihadapi kementerian membabitkan perbelanjaan pembangunan yang dilaksanakan mereka.\r\r\n\n\n\n\n  “Jawatankuasa penyelesaian itu yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah akan mengenal pasti setiap kementerian dapat melaksanakan bajet kerajaan secara lebih efektif dan cekap,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian wang bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah, Kampung Tengku Hussin, semalam.\rBeliau berkata, jawatankuasa penyelesai berkenaan sudah memulakan tugas dengan menemui setiap kementerian dan mengadakan perbincangan   mengenal pasti masalah pelaksanaan perbelanjaan pembangunan kementerian berkaitan.\r“Ini berikutan ada kementerian yang tidak dapat membelanjakan peruntukan itu dan memulangkannya kepada perbendaharaan. Seperti yang kita tahu Keluaran Negara Kasar (GDP) negara tahun lalu mencatat pertumbuhan 5.1 peratus dan sekiranya peruntukan kerajaan digunakan sepenuhnya pertumbuhan itu dijangka lebih tinggi.\r“Jadi, dalam keadaan perkembangan ekonomi dunia yang semakin mencabar adalah penting perbelanjaan pembangunan itu dilaksanakan dengan teliti,” katanya.\r\n\n\n\rAhmad Husni berkata, hasil laporan Jawatankuasa Penyelesai Masalah Bajet itu akan dibawa ke Jawatankuasa Penyiasatan Bajet 2012 yang ahlinya adalah Ketua Setiausaha Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau (Menteri Kewangan) dan beberapa Ketua Setiausaha kementerian.\rKatanya, Jawatankuasa Penyiasatan Bajet 2012 akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan.\r“Selepas itu, Perdana Menteri selaku pengerusi Jawatankuasa Penyiasatan Bajet 2012 Putrajaya akan membuat keputusan dan menggunakan kuasa kerajaan untuk mempercepatkan proses pelaksanaan itu,” katanya.\rTerdahulu pada program itu, Ahmad Husni menyampaikan bantuan RM80,000 kepada 245 penduduk Gugusan Manjoi yang terbabit dalam  kejadian banjir   awal pagi Isnin lalu.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035602 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list