CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Bayi dua bulan mati dipercayai tersedak susu

[Copy link]
Post time 25-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan, mati ketika tidur di rumah pengasuhnya di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, di sini, pagi semalam, dipercayai akibat tersedak susu.Bayi yang   dikenali sebagai Aqil itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang selepas dibawa ke Hospital Putrajaya.\n\n\n\n  Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, yang mengesahkan menerima aduan berhubung kes berkenaan berkata siasatan awal mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu.\n\n\n\n\n\n  “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh ibu bayi terbabit, tetapi beliau dan suaminya enggan ditemubual.Sementara itu, pengasuh terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Norazah, 30-an, berkata beliau menyedari bayi yang juga anak sulung pasangan suami isteri itu menghadapi masalah ketika memeriksanya selepas sejam menidurkannya sekitar jam 11 pagi.“Sejam selepas menidurkannya, saya pergi melihatnya kerana Aqil biasanya bangun sendiri. Saya terkejut melihat dia tidak bergerak apabila dikejutkan,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Putrajaya, semalam. \n\n\nNorazah berkata, dalam keadaan panik beliau meminta bantuan jiran dan membawa bayi itu ke klinik di bawah pangsapuri.“Doktor di klinik memaklumkan jantung bayi sudah tidak berdenyut dan mengarahkan saya menghantarnya ke hospital segera tetapi doktor Hospital Putrajaya mengesahkan dia   meninggal dunia,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.070378 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list