CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Polis benar 'Himpunan Hijau 2.0' jika tukar lokasi

[Copy link]
Post time 25-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUANTAN: Polis semalam membenarkan \'Himpunan Hijau 2.0\' yang dijadualkan esok diadakan tetapi mengarahkan lokasi perhimpunan diubah ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, dekat Kemunting di sini.\rPerhimpunan yang bertujuan membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, dibenarkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011, namun penganjur diingatkan supaya mematuhi semua syarat ditetapkan pihak berkuasa bagi memastikan ia berjalan dalam keadaan aman dan tanpa sebarang kacau-bilau. \r\n\n\n\n\r  Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata pihaknya bersetuju membenarkan perhimpunan itu diadakan selepas mengadakan pertemuan dengan penganjur perhimpunan pada jam 10 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, lokasi awal yang diminta penganjur, iaitu di Padang MPK 1 tidak dapat dipenuhi selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan padang berkenaan sedang dalam proses penyelenggaraan untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Julai ini.\r“Kita sudah memberi lokasi lain dan mereka (penganjur) bersetuju dengan cadangan ini. Justeru, saya minta mereka patuh dengan syarat serta peraturan ditetapkan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.\rMohd Jasmani berkata, antara syarat dikenakan ialah perhimpunan diadakan selama dua jam saja, iaitu bermula jam 10 pagi hingga jam 12 tengah hari, selain peserta dilarang membawa senjata berbahaya atau bahan letupan yang boleh mengganggu keselamatan orang awam.\r“Mereka juga diingatkan supaya bercakap mengenai himpunan hijau saja tanpa menyentuh perkara lain yang dikhuatiri boleh menimbulkan ketegangan,” katanya.\r\n\n\n\rBeliau berkata, anggotanya akan dikerah untuk mengawal dan menentukan keselamatan di lokasi sepanjang perhimpunan itu diadakan dan polis tidak akan teragak-agak  mengambil tindakan jika syarat ditentukan tidak dipatuhi penganjur.\r“Saya ingatkan kepada peserta yang datang supaya mengikut arahan polis dan jangan timbulkan keadaan huru-hara,” katanya. \rAkhbar ini Selasa lalu melaporkan 26 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pahang yang mewakili lebih 50,000 ahli seluruh negara, antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Majlis Belia Malaysia (MAYC), Belia 4B dan Majlis Belia Daerah Kuantan (MBDK) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terhadap penganjur yang merancang mengadakan perhimpunan itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.032734 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list