CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Mudah kuasai bahasa Inggeris

[Copy link]
Post time 24-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
   READS tingkat kemahiran berbahasaGEORGETOWN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan sistem nyah kod dan penilaian bacaan (READS) yang membantu penguasaan serta kemahiran pelajar berbahasa Inggeris dengan mudah.\n\n\n\n   READS dihasilkan oleh Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Prof Dr Abdul Rashid Mohamed serta dibantu Dr Lin Siew Eng dan Dr Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail, selepas melakukan kajian sejak tiga tahun lalu.\n\n\n\n\n\n    Abdul Rashid berkata, READS adalah kaedah terbukti berkesan membantu guru mengukur tahap pembacaan dan pemahaman pelajar berbahasa Inggeris.Menerusi kaedah itu, guru dapat mengenal pasti kelemahan pelajar  dan secara tidak langsung membantu mereka merencanakan jenis pengajaran yang akan dipraktikkan dalam kelas.“Kebolehan pelajar diukur melalui tiga cara dalam READS iaitu menilai keupayaan membaca, menilai kedudukan pelajar berdasarkan keupayaan membaca dan memberi huraian berhubung keupayaan bacaan pelajar,” katanya pada sidang media  di USM di sini, semalam.Abdul Rashid berkata, penyelidikan untuk menghasilkan READS membabitkan perbelanjaan RM100,000 dan kajian keberkesanannya sudah dilakukan ke atas 8,500 pelajar di 120 sekolah menengah seluruh negara.\n\n\nREADS juga diiktiraf sebagai produk penyelidikan terbaik dan memenangi pingat emas pada Expo Teknologi Malaysia 2012 (MTE 2012) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 Februari lalu.Beliau berkata, sistem itu boleh digunakan bagi mempertingkatkan kemahiran berbahasa Inggeris bagi pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima dan kami yakin ia akan memudahkan tugas guru mengenal pasti punca pelajar lemah dalam bahasa itu.“READS boleh jadikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menarik, mudah dan efektif. Kami mahu mempraktikkan READS dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin pada masa depan,”  katanya.Abdul Rashid berkata, pihaknya mahu mendapatkan geran penyelidikan daripada Kementerian Pelajaran bagi membolehkan READS dikembangkan meliputi pelajar sekolah rendah dan pelajar di peringkat universiti.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036500 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list