CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Filem, drama tahyul beri kesan negatif

[Copy link]
Post time 22-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Jejas pembinaan masyarakat bertamadun: Mufti PerlisKANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.\n\n\n\n  Berikutan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.\n\n\n\n\n  Katanya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pula akan mewujudkan satu garis panduan khusus berhubung tayangan filem berkenaan untuk dimajukan kepada KDN dan KPKK kerana ia dikhuatiri menggugat akidah masyarakat terutama umat Islam di negara ini. “Garis panduan yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu akan mengambil kira beberapa aspek tertentu, termasuk ketetapan dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berhubung isu penayangan filem di negeri ini, sebelum ini.“Selain sebagai panduan bagi pemantauan pihak berkuasa, kita harap ia turut dijadikan pedoman golongan penerbit dalam menghasilkan filem berunsur seram pada masa depan.“Kita bukannya antiseni atau filem, cuma mahu filem atau seni dihasilkan itu membina tamadun yang mampu berfikir secara waras, bukannya menerapkan pemikiran tahyul bertentangan akidah serta kepercayaan Islam,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.\n\n\nDifahamkan, kebimbangan terhadap lambakan filem seram dan cerita hantu terbabit sebahagian daripada ketetapan dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-5 yang bersidang di Hotel Sri Malaysia, di sini, kelmarin.Selain itu, turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah ketetapan berhubung hukum eksploitasi iklan terhadap wanita, hukum ajaran atau fahaman syiah, hukum ruju\' dengan jimak serta hukum lafaz talak dua atau tiga dengan satu lafaz.Juanda berkata, jika lambakan filem hantu dan seram tidak dikawal, tidak mustahil masyarakat Islam negara ini kelak lebih takutkan hantu berbanding Allah.Mengulas ketetapan berhubung isu eksploitasi wanita melalui iklan pula, beliau mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan satu garis panduan khusus terhadap perkara itu supaya tidak berlaku.“Islam meletakkan wanita pada tempat tinggi dan tidak sewajarnya mereka dijadikan bahan eksploitasi demi keuntungan pihak tertentu, terutama melalui fenomena pengiklanan kini yang mempamerkan aurat yang terbukti menyalahi syariat Islam,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.038465 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list