View: 150|Reply: 0
|
Kebebasan akhbar meningkat
[Copy link]
|
|
Sangkal dakwaan pembangkang kerajaan kawal laporan beritaKUALA LUMPUR: Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) Malaysia meningkat ke tangga 122 tahun lalu, berbanding 141 pada 2010, sekali gus membuktikan kebebasan media di negara ini lebih baik berbanding negara yang dikatakan lebih demokrasi daripada Malaysia di rantau Asia Tenggara.\n\n\n\n Ia sekali gus menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kebebasan akhbar di negara ini disekat oleh kerajaan bertujuan menghalang laporan berita yang tidak memihak kepada kerajaan.\n\n\n\n\n Berdasarkan PFI, iaitu kedudukan tahunan negara disusun dan diterbitkan oleh pertubuhan dunia, Wartawan Tanpa Sempadan (RWB), posisi PFI di negara ini lebih tinggi berbanding negara lain seperti Brunei Darussalam yang menduduki tangga ke-125, Singapura (135), Thailand (137), Filipina (140) serta Indonesia (146).Laporan berkenaan adalah berdasarkan soal selidik yang dikirim kepada pertubuhan sekutu RWB, iaitu 14 kumpulan kebebasan bersuara di lima benua dan 130 koresponden di seluruh dunia, wartawan, penyelidik, pakar undang-undang dan aktivis hak asasi manusia.Kaji selidik itu mengemukakan soalan mengenai serangan langsung terhadap wartawan dan media serta sumber tidak langsung yang memberi tekanan terhadap kebebasan akhbar. Bagaimanapun, indeks itu hanya berkaitan dengan kebebasan akhbar dan bukannya mengukur mutu kewartawanan.\n\n\nOleh sebab sifat kaedah pemantauan berasaskan pandangan individu, sering ada jurang besar dalam kedudukan negara dari setahun ke setahun. Penyusunan kedudukan itu juga menyatakan bahawa tekanan terhadap wartawan oleh golongan bukan kerajaan juga diambil kira seperti kumpulan pengganas Basque ETA di Sepanyol atau kongsi gelap di Russia yang menimbulkan ancaman serius terhadap kebebasan akhbar.Semakin tinggi indeks sesebuah negara, semakin banyak kekangan terhadap kebebasan akhbar di negara itu.FAKTAIndeks Kebebasan Akhbar Membuktikan kebebasan media di negara ini lebih baik berbanding negara yang dikatakan lebih demokrasi daripada Malaysia di rantau Asia Tenggara.燢edudukan tahunan negara disusun dan diterbitkan pertubuhan dunia, Wartawan Tanpa Sempadan (RWB), posisi PFI di negara ini lebih tinggi berbanding negara lain seperti Brunei Darussalam yang menduduki tangga ke-125, Singapura (135), Thailand (137), Filipina (140) serta Indonesia (146).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|