CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Celik politik belia Sarawak rendah

[Copy link]
Post time 22-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sikap individualistik dan kadar celik politik yang masih rendah menjadi punca mengapa Sarawak mencatat jumlah pengundi belia paling rendah di negara ini iaitu hanya sekitar 33 peratus daripada sejumlah kira-kira sejuta pengundi di negeri ini, setakat ini.\rHasil kajian dan soal selidik terkini Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, mendapati tahap kesedaran mengenai peranan belia dalam konteks demokrasi masih rendah di Sarawak.\r\n\n\n\n\rHasil penemuan kajian itu juga mendapati kebanyakan  belia  tidak ambil kisah kerana menganggap undi mereka tidak akan membantu mengubah keadaan.\r\r\n\n\n\n\n  “Justeru, pendidikan politik perlu dipertingkatkan di kalangan generasi muda di Sarawak. Mereka perlu sedar amat penting untuk  mendaftar sebagai pengundi,  tidak harus bersikap individualistik dan harus memainkan peranan berkesan dalam sistem demokrasi di negara ini,” katanya.\rKajian beliau juga mendapati daripada 2.5 juta penduduk Sarawak, kira-kira 400,000 atau 16 peratus daripada penduduk negeri itu adalah belia berusia antara 20 ke 29 tahun, manakala 345,000 atau 14 peratus lagi belia berusia antara 30 hingga 39 tahun.\rJumlah pengundi belia dari kaum Cina setakat tahun lalu adalah sekitar 100,000, Melayu 70,000, Bumiputera lain Sarawak sekitar 140,000 dan lain-lain sekitar 1,000.\rDr Jeniri  mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) / Sabah / Sarawak Ke-6 di Hotel Hilton, di sini, semalam.\r\n\n\n\rAhmad Shabery berkata, Sarawak mencatat jumlah pengundi belia paling sedikit di negara ini, malah jumlah paling rendah pengundi belia dicatatkan di Bahagian Kuching.\rMasalah ini berterusan biar pun pelbagai usaha sudah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pelbagai agensi kerajaan dan parti politik untuk menarik minat pendaftaran pengundi   belia.\r“Agak mengejutkan  pengundi belia paling rendah di seluruh negara dicatatkan di Kuching. Walaupun Parlimen Bandar Kuching mempunyai Ahli Parlimen muda,  masih ramai belia di sini tidak berminat mendaftar sebagai pengundi,”  katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057164 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list