|
Mahkamah keluar injunksi halang buat keputusan lupus ekuiti\rKUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) membatalkan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas yang dijadual berlangsung di sini, hari ini.\r\n\n\n\n\r Setiausaha KPF, Abidin Abdul Rahman, dalam satu kenyataan semalam berkata pembatalan itu dibuat berikutan perintah injunksi Mahkamah Tinggi Kuantan bertarikh 17 Februari lalu.\r\r\n\n\n\n\n Jumaat lalu, lapan ahli KPF itu memfailkan permohonan injunksi interim bagi menghalang koperasi berkenaan membuat sebarang keputusan pada mesyuaratnya yang dijadualkan, hari ini.\rPeguam yang mewakili mereka, Mohd Haris Abdullah dilaporkan berkata bahawa perintah itu adalah bagi menghalang KPF melupuskan sama ada semua atau sebahagian daripada ekuiti KPF dalam FELDA Holdings Berhad kepada FELDA Global Ventures Holdings Berhad.\rPlaintif yang juga peneroka FELDA Jengka 15, ialah Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohd, Rakiah Sulong, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Syed Muhamed dan Samat L Yusof.\rMesyuarat Agung Perwakilan Khas itu sepatutnya diadakan di Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab di sini bermula jam 3 petang ini.\r\n\n\n\rDalam pada itu, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad difahamkan akan mengadakan taklimat pelan kedua penyenaraian berkenaan di sini, hari ini.\rAkhbar ini semalam melaporkan, 1,200 perwakilan KPF akan menentukan nasib masa depan 112,635 warga peneroka dan hala tuju agensi itu sebagai organisasi perladangan terbesar dunia dalam mesyuarat agung perwakilan khas, hari ini.\rMesyuarat agung khas itu adalah bagi meluluskan usul cadangan pelupusan pegangan 51 peratus milik KPF dalam FELDA Holdings Bhd, termasuk 10 anak syarikatnya kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).\rTujuan penjualan itu adalah bagi membolehkan pemindahan aset perniagaan milik KPF kepada FGVH yang akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Mei depan. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|