|
Sindiket haram kenakan bayaran RM30,000 \rBUKIT MERTAJAM: Polis menumpaskan sindiket along yang menyediakan perkhidmatan menjual lesen pemberi pinjaman palsu iaitu kes pertama seumpamanya dikesan di negara ini membabitkan pemalsuan lesen berkenaan dalam dua serbuan di sekitar daerah ini, Sabtu lalu. \r\n\n\n\n\r Dalam serbuan di beberapa premis milik sindiket kira-kira jam 2 petang itu, dua lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 50 tahun ditahan dan siasatan mendapati sindiket terbabit menjual lesen pada dengan harga antara RM20,000 hingga RM30,000 setiap satu.\r\r\n\n\n\n\n Polis turut merampas satu set komputer, dua set pencetak, enam keping salinan lesen pemberi pinjaman wang, 150 kad perniagaan pemberi pinjaman wang, empat buku catatan, 11 kad bayaran peminjam wang, 70 kad bayaran peminjam wang kosong, 23 salinan kad pengenalan, 66 borang pinjaman wang syarikat along dan 50 resit asal akuan jual beli.\rKetua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang, Asistan Komisioner Roslee Chik, berkata pihaknya melakukan intipan selama tiga bulan terhadap kegiatan sindiket terbabit sebelum melakukan serbuan di beberapa unit kedai miliknya.\rKatanya, sindiket itu mengeluarkan lesen yang serupa dengan lesen dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sehingga mampu mengaburi pihak berkuasa, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).\rBeliau berkata, ketua sindiket yang aktif sejak lima tahun lalu itu turut mereka bentuk format lesen pem-beri pinjaman wang menggunakan komputer dan membekalkan kepada ahli sindiket dengan hanya menggunakan kertas A4 yang dicetak.\r\n\n\n\r“Bayaran sebanyak RM20,000 sehingga RM30,000 dikenakan sebagai wang proses lesen pemberi pinjaman wang dikeluarkan KPKT yang sah untuk tempoh dua tahun, manakala bayaran RM600 bagi memperbaharuinya, sekiranya lesen itu sudah tamat tempoh,\" katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini, semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|