CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Sistem kutipan cukai cekap turunkan defisit fiskal

[Copy link]
Post time 20-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
TASEK GELUGOR: Sistem kutipan cukai yang cekap dan dasar perbelanjaan berhemat berjaya menurunkan defisit fiskal negara bagi 2011 kepada lima peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 5.6 peratus pada 2010.\rMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata  dua pendekatan berjaya meningkatkan hasil pendapatan negara sebanyak 16.1 peratus kepada RM185.4 bilion pada 2011, berbanding RM159.7 bilion tahun sebelumnya.\r\n\n\n\n\r “Kebanyakan peningkatan hasil pendapatan negara datang daripada pertambahan kutipan cukai langsung dengan angka hampir RM20 bilion dan lebih 50 peratus daripada jumlah itu hasil cukai pendapatan individu.\r\r\n\n\n\n\n “Ini bermaksud, pergerakan ekonomi negara berada pada landasan betul selain pendapatan perkapita rakyat meningkat   sehingga individu negara ini mampu membayar cukai kepada kerajaan,\" katanya pada sidang media selepas beramah mesra bersama penduduk Labuh Banting, di sini, semalam.\rMinggu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan defisit fiskal negara bagi 2011 menurun kepada lima peratus daripada nilai KDNK, berbanding 5.6 peratus pada 2010.\rNor Mohamed berkata, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan lagi kadar defisit fiskal kepada angka kurang daripada lima peratus bagi tahun ini, berikutan kejayaan itu pada tahun lalu.\rKatanya, antara kaedah yang bakal dilaksanakan bagi menjayakan matlamat itu ialah menggalakkan perbelanjaan domestik oleh sektor swasta selain meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah.\r\n\n\n\r“Perbelanjaan domestik penting kerana kesannya lebih besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan melaluinya juga kita yakin akan dapat mengekalkan momentum pertumbuhan sekitar lima hingga enam peratus setahun sehingga 2020.\r“Menerusi dasar yang fleksibiliti dan sentiasa relevan dengan kehendak ekonomi semasa, kerajaan yakin dengan kemampuannya untuk mengurus tadbir ekonomi negara sekali gus menjadikan negara ini negara berpendapatan tinggi,\" katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042258 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list