CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Imigresen Batam serah Helmi kepada polis

[Copy link]
Post time 20-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Suspek edar gambar bogel EXCO tunggu dakwaan\rKUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Helmi Hazimin Malek, 37, yang dikaitkan dengan penyebaran gambar separuh bogel EXCO wanita kerajaan  Selangor dan ditahan Imigresen Indonesia 3 Februari lalu, diserahkan kepada Polis Batam untuk siasatan susulan.\r\n\n\n\n\rJurucakap Kedutaan Besar Indonesia di sini, Suayana Sastradiredja, berkata Helmi diserahkan kepada polis Batam selepas siasatan ke atasnya berhubung dakwaan memalsukan dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa selesai dijalankan pihak imigresen.\r\r\n\n\n\n\n“Imigresen Batam menyerahkan Helmi kepada polis, Khamis lalu selepas siasatan terhadapnya selesai dan Helmi akan ditempatkan di bawah tahanan polis sementara menunggu proses pendakwaan,” katanya ketika dihubungi semalam.\rBeliau berkata, siasatan polis akan menjurus kepada dari mana suspek memperoleh dokumen palsu republik berkenaan dan tiada kemungkinan dia  diekstradisi ke Malaysia dalam tempoh terdekat.\r“Dia akan diadili di Indonesia kerana kesalahan menggunakan dokumen pengenalan pengenalan diri palsu,” katanya.\rHelmi dipercayai memasuki Batam melalui pelabuhan antarabangsa Tanjung Balai, Karimun menggunakan pasport Malaysia pada 15 Februari 2009 sebulan sebelum waran tangkap terhadapnya dikeluarkan polis Malaysia berhubung siasatan penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong. \r\n\n\n\rSementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata polis Malaysia belum menerima  maklumat mengenai kesalahan  Helmi di sana dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Indonesia.\r“Kita harus menghormati undang-undang  Indonesia, segala keputusan dan tindakan yang dibuat di sana (Batam) adalah di bawah kuasa mereka. \r“Helmi perlu menjalani  hukuman atas kesalahan yang dilakukan sebelum dia dihantar kembali ke negara ini untuk disiasat atas kesalahan   di sini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.044519 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list