CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8065|Reply: 9

Harga murah kat kawasan bebas cukai ...

[Copy link]
Post time 18-2-2012 11:33 PM | Show all posts |Read mode
alkisah aku pernah pi Langkawi dan Labuan....harga segala benda mmg murah sbb pulau bebas cukai kan....Kawan2 aku yg gila todi mmg suka lepak kat Langkawi minum todi....sebab depa cakap todi / BEER kat Langkawi murah...xpalah..depa pun Cina...lantak korang nak minum 1 tempayan gajah pun...
aku sambar cermin mata yang harga kat Melaka RM600,tp dapat kat Labuan RM350 je....byk benda aku beli....HIFi dll....

sampai kat airpot Labuan,imigresen tanya "Banyak barang encik borong?"

aku pun jawab "semua guna sendiri.....bukan nak jual...."

last2 semua aku bawa keluar tanpa cukai....selamat....tu pun hampir 30 minit bertekak.....

cuma aku hairan mengapa kerajaan tak buat semua tempat bebas cukai???

TAKKAN  aku nak beli sebiji cermin mata terbang sampai Labuan?


pada
Ogos 2012 ,tasik Kenyir pula akan jadi bebas cukai......aku pi sekali je dulu masa aku bujang2 dulu...




Kalau la Pulau Besar  Melaka  dapat taraf BEBAS CUKAI,mahu setiap minggu aku turun.................




Antara lokasi bebas cukai yg aku tahu :




Lokasi Kedai Bebas Cukai

1.                 Pekan Serikin di Bau, Sarawak.

Serikin adalah perkampungan Bidayuh Jagoi kira kira 5kilometer dari sempadan Kalimantan Barat, Indonesia. Bermula sebagai pusattukaran barang (barter) secara kecil-kecilan pada tahun 80an, kini kawasandidiami oleh 100 keluarga itu menjadi tumpuan penduduk tempatan dan peniagaIndonesia menjual hasil dagangan setiap Ahad.

Bagaimanapun, perjalanan pulang dari pasar Serikin tidaklengkap jika tidak singgah di gerai kampong Duyoh, kira-kira 60km  dari Kuching. Antara ‘produk’ jarang didapatidi Semenanjung seperti midin, buah-buahan tempatan, ulat sagu dan pokok hutanyang sesuai untuk hiasan landskap. Pekan ini terletak 80 km dari BandarKuching. Namun perjalanan memakan masa 2 jam berikutan jalan berliku-liku dikawasan pendalaman. Pengunjung kedua-dua negara boleh membeli belah sekitar 2km dari kawasan pendalaman.

2.                 Wang Kelian di Padang Besar, Perlis.

Wang Kelian adalah salah satu daripada dua pintu masukselain dari Padang Besar. Pekan ini hanya dibuka setiap hujung minggu iaitu Sabtudan Ahad.

Selesai membeli belah, pengunjung akan bergerak menghala kePekan Padang Besar kira-kira 15 km dari Wang Kelian.

Kemudahan free flow atau pergerakan bebas berkuat kuasa dikawasan berkenaan yang membenarkan warga Malaysia atau Thailand mengunjungipasar sehari di kedua-dua sempadan. Namun kelonggaran ini hanya untuk beradakira-kira satu kilometer dari sempadan.      

3.                 The Zone Duty Free

Ia bukanlah pekan sempadan, namun the Zone adalah kawasanbebas cukai menempatkan penginapan, kompleks beli belah dan terminal feri dibangunkan atas tapak seluas 17 ekar dihujung Jalan Sultan Ibrahim di Stulang, Johor Bharu. Meminjam konsep terminallapangan terbang dalam bandar, ia menyediakan gerai bebas cukai dalam kompleksbeli belah berhawa dingin.

The Zone juga menjadi pintu masuk jalan laut di selatantanah air melalui jeti di Tanjung Belungkor bagi mereka yang datang dari  Desaru untuk ke negara jiran iaitu PulauBatam dan Pulau Bintan, Indonesia. Justeru itu, kebanyakan kedai cakera padatdan cakera padat video (VCD) turut menjual koleksi kisah sinetron dariIndonesia.

Namun, ia akan berubah menjadi kawasan paling meriah selepassenja  kerana The Zone turut menempatkanKafe, restoran, pusat hiburan dan karaoke yang amat popular di kalangan warga Singpura. Namun, jika anda bukanjenis suka berhibur, luangkan masa bersantai sambil mencuba restoran makananlaut di kawasan Stulang laut.

4.                 Rantau Panjang, Kelantan.

Pekan 21 km dari pusat Bandar ini menawarkan banyak kedaimakan dan restoran yang menyediakan pilihan hidangan tradisional Kelantan danThailand. Berbanding pekan bebas cukai lain di Kelantan seperti Pengkalan Kubor(30 km) dan Bukit Bunga di Jeli, pengalaman membeli-belah di sini juga lebih selesadengan pembukaan kompleks bebas cukai berhawa dingin.  

5.Pulau Langkawi,pulau Labuan,pulau Tioman....




6.akan datang TASIK KENYIR......




agak2 aku ,orang yang tinggal kat kawasan BEBAS CUKAI,Shopping sakan siang malam!




http://2.bp.blogspot.com/_xzjSQY_L9bU/SyUC3hhMrNI/AAAAAAAAE9E/kapSyWFeo3c/s1600-h/DSC08410.JPG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2012 12:34 AM | Show all posts
Singgahlah sekejap dekat Rantau Pendek...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 11:06 AM | Show all posts
oooo....mmg best shopping2 ngn harga murah ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 11:19 AM | Show all posts
kalo aaa umah aku kat situ, confirm aku beli imported car..
jazz ka, civic ka...
tanoshimi~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 04:12 PM | Show all posts
aku sukaaa langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 07:40 PM | Show all posts
ko beli hifi cap apa? murah ke kalau banding dgn sini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2012 08:54 PM | Show all posts
Mak aku ske gi langkawi..bli pinggan mangkuk...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 07:12 PM | Show all posts
ya ka shoping sakan....huhu....
aku dok balik takdalah shopping apa sangat pun....
cumanya...aku kalau balik kampung suka shopping coklat ja bebanyak....hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 07:44 PM | Show all posts
aku asal org lngkawi pon, xdak pon nak soping bagai.... slalunya org luaq langkawi ja kalot soping sini... padahai bg org langkawi. xdak rasa beza pon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2012 12:01 AM | Show all posts
murah2 le............................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048944 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list