CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 1

Godaan Nurul Ekasari

[Copy link]
Post time 18-2-2012 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Pernah dihimpit tawaran nakal yang cuba memusnahkan reputasinya sebagai pelakon baru\rJALAN untuk pantas mencipta nama sentiasa terbuka, cuma terpulang bagaimana seseorang bakat baru memanfaatkan laluan di depan mata dalam menggapai keinginan itu. \r\n\n\n\n\r    Pelakon muda kelahiran Jakarta, Indonesia, Nurul Ekasari, 24, mengakui pernah dihimpit tawaran yang cuba menghanyutkan dirinya ke lembah hitam tatkala memilih untuk serius mendalami bidang lakonan. Akur industri hiburan Indonesia lebih terbuka membentangkan pelbagai kemungkinan yang boleh merosakkan nama baiknya, Nurul Ekasari atau mesra disapa U’ul enggan terjerat dalam keseronokan sementara.\r\r\n\n\n\n\n    Biar sulit mendaki, gadis yang dilahirkan pada 13 Disember 1987 percaya kesabarannya akan dibalas sesuatu yang berharga jika berpegang kepada prinsip ikhlas dan jujur dalam menjalani karier seni. Dari awal lagi, U’ul yang memulakan tapak dengan membintangi iklan komersial dan model majalah mempertahankan pendiriannya dengan menolak tawaran untuk mendedahkan susuk tubuhnya.\rBimbang jika ada yang cuba mengambil kesempatan atas dirinya, sering sesi uji bakat dihadirinya akan ditemani bapanya kerana U’ul mahukan keselesaan.\r“Terserah apa juga tafsiran ramai tetapi mencegah itu lebih baik daripada merawat. Setiap orang punya cara sendiri dan ini cara saya.\rSaya seorang agak selektif dan mungkin sebab itu, nama saya belum terlalu menyerlah di Jakarta. Ia bukan masalah besar kerana saya baru dua tahun serius menjadi pelakon.\r\n\n\n\r“Industri hiburan di sana terlalu terbuka dan bebas, malah ada sanggup melakukan apa saja untuk segera popular. Tetapi berbaloikah menggadai maruah dan nama baik keluarga besar hanya kerana mahu mendapat tawaran lumayan? Lebih baik saya mendaki tangga populariti perlahan-lahan. Disebabkan pernah diganggu dengan kata kurang sopan ketika sesi uji bakat, saya jadi lebih berhati-hati malah senang ditemani papa supaya tiada yang ambil kesempatan,” kata U’ul yang bertandang ke Kuala Lumpur selama dua minggu untuk promosi filem lakonannya, Chantek.\rPernah menghiasi filem Bait Surau serta sinetron, Bukan Islam KTP, U’ul meletakkan dirinya masih pada tahap permulaan kerana bakatnya belum meluas dikenali di negara kelahirannya sendiri. U’ul menerima kenyataan, sinetron bukan tempat yang sesuai untuk mereka yang mahu mencari kemewahan kerana bayarannya tidak terlalu besar.\r“Jika mahu bayaran lumayan, beralih saja ke lakonan komersial. Tetapi kalau ingin mencipta nama besar, sinetron adalah tempatnya kerana ia ditonton lebih meluas dan sambutannya juga hebat. Saya cuba mengimbangi antara kedua-dua cabang itu. Tidak mudah untuk mendapat tawaran di Indonesia kerana persaingannya terlalu sengit. Bayangkan jika sudah punya nama juga, kami masih terpaksa melalui sesi casting untuk kesesuaian watak. Setiap orang perlu serius kerana kalau tidak, kamu akan terlepas peluang keemasan itu,” katanya.\rAgak senior dalam lakonan komersial, U’ul sedikit bertuah kerana tawaran sering diterimanya daripada agensi yang pernah mendapatkan khidmatnya. Cuma untuk lakonan filem cereka, lulusan bidang penyiaran dari Universitas Persada Indonesia (UPI) masih perlu bekerja keras mencari ruang supaya namanya sebaris bintang muda popular lain.\r“Secara jujur, saya lebih senang dalam lakonan komersial kerana kerjanya tidak lama dan bayarannya juga lumayan. Tetapi saya harus terima kenyataan, jika terlalu banyak pendedahan nilai komersial saya akan menurun. Mahu atau tidak saya perlu menyalurkan bakat itu ke satu cabang baru. Saya mencuba lakonan sinetron dan filem kerana mahukan tawaran kerja lebih mencabar,” katanya yang muncul dalam iklan McDonald, Daihatsu Terios dan Toshiba Glacio, selain pernah membawa watak antagonis dalam telefilem, Ku Gapai Cinta Di Bali siaran Indosiar dan Cewekku Preman Cinta di RCTI.\rChantek bawa U\'ul ke KL \rFILEM romantik, Chantek arahan Pierre Andre membawa Nurul Ekasari atau U’ul ke Kuala Lumpur untuk mempromosi dan memperjudikan bakatnya sama ada diterima baik atau sebaliknya oleh penonton di Malaysia. Memainkan watak pembantu rumah Indonesia bernama Chantek, tawaran menjayakan sesi uji bakat filem itu diterimanya dua hari selepas menyelesaikan tugasan akhirnya di Universitas Persada Indonesia (UPI).\r“Saya tidak sempat membuat persediaan, pergi sekadar mencuba, namun tidak terlalu menaruh harapan kerana ramai lagi yang berbakat besar turut serta dalam sesi uji bakat itu. Saya hanya mengenali Pierre Andre sebagai pengarah tanpa pernah tahu dia juga seorang pelakon. Hanya selepas menerima tawaran, baru sepupu saya yang kebetulan tinggal di Kuala Lumpur memberitahu Pierre sebenarnya turut dikenali sebagai pelakon.\r“Tidak banyak perbezaan dari segi cara kerja, cuma jadual penggambaran filem di sini lebih panjang. Di sana, biasanya filem akan selesai penggambaran dalam masa hampir dua minggu tetapi di Kuala Lumpur mencecah sebulan.\r“Dari segi penghayatan watak, saya tidak berdepan masalah besar. Sebaik saja menerima skrip, saya mempelajari tuntutan watak itu daripada seorang teman supaya saya lebih mendalami dan mengenali siapa Chantek yang sebenar. Saya akui, watak Chantek tidak terlalu berat, cuma saya tercabar ketika sesi memasukkan suara. \r“Tidak mudah membuat suara lelaki ketika Chantek menyamar untuk mendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah Ad Adi (lakonan Pierre),” katanya yang sedang menanti filem terbaru lakonannya, Bitter Sweet Heart ditayangkan di Indonesia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2019 02:20 AM | Show all posts
ank you so much for this. I was into this issue and tired to   tinker around to check if its possible but couldnt get it done. Now that i have seen the way you did it, thanks guys
with
regards
https://tracktrace.one/usps/   https://kodi.software/download/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.041048 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list