CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Zuraida, Mohd Rafizi diperintah bela diri

[Copy link]
Post time 18-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Mahkamah tetap 9, 30 Mac, tarikh kes saman fitnah  Shahrizat\rKUALA LUMPUR:  Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli, diperintah memfailkan pembelaan pada 9 Mac depan dalam kes saman fitnah dikemukakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kerana didakwa mengaitkan beliau dengan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN). \r\n\n\n\n\r Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera turut menetapkan  30 Mac depan, bagi pengurusan kes saman fitnah berkenaan ketika kes itu disebut semalam. Turut hadir, peguam Shahrizat, K Sivapakiam dan Ranjit Singh mewakili Rafizi serta peguam Zuraida, Razlan Hadri.\r\r\n\n\n\n\n Dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 19 Januari lalu, Shahrizat berkata, pada atau lebih kurang November 2009, Mohd Rafizi dan Zuraida (yang juga Ahli Parlimen Ampang), mengadakan satu siri kenyataan akhbar di beberapa lokasi, termasuk di lobi Parlimen mengecam National Feedlot Cooperation Sdn Bhd (NFCorp), suami dan keluarganya.\rShahrizat berkata, suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFCorp dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah adalah pemegang saham dan pengarah Agro-Science Industry Sdn Bhd iaitu syarikat induk yang memiliki hampir semua saham terbitan NFCorp dengan satu saham keutamaan dipegang Kerajaan Malaysia.    \rBeliau berkata, kedua-dua defendan dengan niat jahat politik secara serentak melancarkan kempen mencemarkan nama baik dan mensabitkannya dalam setiap isu berkaitan NFCorp, walaupun beliautidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam NFCorp, Agro-Science Industry Sdn Bhd atau syarikat bersekutunya.\rSehubungan itu, Shahrizat menuntut daripada kedua-dua defendan, ganti rugi am dan teruk serta teladan masing-masing sebanyak RM50 juta.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.042041 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list