CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 2

Lesap selepas bersalin dalam tandas hospital

[Copy link]
Post time 17-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita melahirkan anak dalam bilik air wad kanak-kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, tanpa meminta bantuan kakitangan hospital sehingga menyebabkan bayi perempuannya meninggal dunia, semalam.\rMayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam kolah tidak berair kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh seorang tukang cuci ketika membersihkan darah dalam bilik air berkenaan.\r\n\n\n\n\r    Ibu bayi itu yang berusia 20-an menghilangkan diri ketika mayat ditemui. Polis masih menyiasat kejadian berkenaan serta punca wanita itu tidak memin-\rta bantuan jururawat, sedangkan dia sudah berada di hospital.\r\n\n\n\n\n\rPemangku Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Baharudin Mustapha, berkata seorang doktor bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu.\r“Mayat bayi itu dalam keadaan sempurna dan tali pusatnya belum dipotong,\" katanya ketika dihubungi di sini, semalam.\rBaharudin berkata, siasatan awal mendapati jururawat mendakwa melihat seorang wanita dalam keadaan pucat keluar dari tandas berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.\r“Jururawat berkenaan tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah tukang cuci menemui mayat bayi perempuan itu lima jam kemudian,\" katanya.\rMayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 09:51 AM | Show all posts
aku pun heran gak {:3_83:}
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 11:42 AM | Show all posts
tak menangis ke bb tu sebaik kuar dari perut mak dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050468 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list