|
KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah peniaga menyorokkan minyak masak bagi mengurangkan bekalan di pasaran adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan perlu dihentikan segera.\rWalaupun kerajaan menetapkan minyak masak sebagai barangan kawalan dan harganya sudah ditetapkan, tindakan segelintir peniaga berdegil dengan melanggar undang-undang perlu dipandang serius pihak berkuasa.\r\n\n\n\n\r Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata peniaga tidak harus mengaut keuntungan berlebihan sehingga rakyat sukar mendapatkan minyak masak.\r\r\n\n\n\n\n “Peniaga tidak perlu menunggu pasaran menaikkan harga minyak kerana kerajaan sudah tetapkan minyak sebagai barang kawalan dan jangan buat spekulasi kononnya minyak masak di pasaran kurang,” katanya ketika dihubungi semalam.\rMemetik laporan akhbar semalam, 10,559 kilogram minyak masak bernilai lebih RM77,000 dirampas dalam tiga serbuan berasingan oleh Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Putrajaya, Masai, Johor dan Ipoh, Perak. \rMaamor berkata, PPIM juga berterima kasih kepada penguat kuasa KPDNKK atas kejayaan menumpaskan sindiket itu dan berharap usaha seperti ini dapat dilakukan berterusan.\rSementara itu, Setiausaha Agong Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata pihaknya turut menerima laporan berhubung perkara ini.\r\n\n\n\r“Mungkin tindakan peniaga menyorokkan minyak untuk dikomersialkan dan dijual di pasaran luar yang harganya lebih tinggi bagi mengaut keuntungan. \r“FOMCA yakin minyak masak mencukupi dan tindakan menyorok bekalan nyata bertentangan dengan kehendak kerajaan,” katanya.\rPresiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya, berkata pihaknya memandang serius sikap peniaga ini dan akan membantu KPDNKK menjalankan pemantauan setiap masa ke semua lokasi.\rKatanya, pengguna yang mempunyai maklumat peniaga cuba menyorokkan minyak masak boleh berhubung kepada LPKPM untuk selanjutnya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|