|
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan menjangkakan sektor pengangkutan udara dan laut negara menghadapi cabaran besar pada tahun ini berikutan masalah kegawatan ekonomi yang melanda benua Eropah dan Amerika Syarikat (AS).\rMenterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kementerian menjangkakan pertumbuhan kedua-dua sektor hanya akan berkembang sekitar lima hingga enam peratus tahun ini.\r\n\n\n\n\rTahun lalu, semua lapangan terbang di seluruh negara mengendalikan 65.3 juta penumpang iaitu peningkatan sebanyak 10.63 peratus atau 3.6 juta penumpang berbanding 2010.\r\r\n\n\n\n\n Jumlah pengendalian kontena di semua 13 pelabuhan di seluruh negara pula meningkat sebanyak 9.6 peratus iaitu dari 18.4 juta (2010) kepada 20.16 juta TEU pada tahun lalu. \r“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada jumlah dagangan dan kehadiran pelancong dari AS dan Eropah, sebaliknya perlu memberikan lebih tumpuan kepada pasaran negara Asia Pasifik, India dan China.\r“Langkah ini perlu berikutan keupayaan China pertama kali muncul sebagai rakan dagangan Malaysia terbesar, pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan sambutan Tahun Baru Cina di kementeriannya di sini, semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|