|
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang suspek kejadian letupan bom di Bangkok, Thailand, kelmarin, ditahan di ibu negara petang semalam hasil maklumat risikan disalurkan pihak berkuasa negara jiran itu sejurus serangan berlaku.\rIsmail dalam kenyataannya berkata, lelaki warga Iran itu ditahan mengikut Akta Imigresen di satu lokasi tidak dinyatakan jam 3.30 petang semalam dan disiasat berhubung pembabitannya dalam kegiatan pengganas, termasuk serangan bom berkenaan.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, beliau tidak menjelaskan sama ada suspek akan ditahan untuk siasatan lanjut di negara ini atau diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand.\r\r\n\n\n\n\nKelmarin, seorang lelaki Iran membawa bahan letupan di depan sebuah sekolah di Bangkok, putus kaki selepas bom berkenaan tiba-tiba meletup, dan mencederakan empat orang awam.\rPolis Thailand kemudian menemui lebih banyak bahan letupan, termasuk jenis C-4 dalam rumah disewa penyerang terbabit di bandar raya itu, namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sasaran serangan yang turut dikaitkan dengan kejadian letupan ke atas sebuah kereta diplomat Israel di New Delhi sehari sebelumnya.\rSementara itu, Ketua Polis Imigresen Thailand, Let Jen Wiboon Bangthamai, berkata Zedhaghat Zadech Masoud, melarikan diri dengan mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok.\r“Polis Thailand sebelum itu menahan rakannya, Mohammad Hazai, 42, di lapangan terbang sama ketika cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur. Hasil soal siasat dijalankan, seorang lagi rakan mereka, Saeib Morabi berjaya ditahan di rumah sewa kumpulan itu di pinggir Bangkok,” katanya.\r\n\n\n\rKatanya, empat suspek yang ditahan itu disahkan warga Iran berdasarkan dokumen perjalanan mereka, namun siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kumpulan terbabit mempunyai saki baki anggota lain yang berada di negara itu.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|