CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Peguam usah dorong pesakit saman

[Copy link]
Post time 16-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
SERDANG: Peguam di negara ini disaran tidak mendorong pesakit menyaman doktor atau hospital berkaitan isu perubatan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.\rBeliau yang juga Canselor Universiti Perdana berkata, ia boleh menyebabkan kos perubatan meningkat berikutan doktor dan hospital terpaksa mengambil kira kemungkinan disaman pesakit.\r\n\n\n\n\r  “Saya melihat tindakan mahkamah ke atas doktor dan hospital banyak berlaku di negara lain sehingga menyebabkan doktor berasa takut, seterusnya mengenakan caj sangat tinggi.\r\r\n\n\n\n\n  “Ini secara tidak langsung membebankan golongan miskin yang tidak mampu menampung kos perubatan,\" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Universiti Perdana, di sini, semalam.\rDr Mahathir berkata, negara masih memerlukan lebih ramai pakar termasuk bidang perubatan bagi memenuhi permintaan mencapai perkhidmatan bertaraf dunia.\rDiminta mengulas pengangguran jururawat yang dilihat semakin kritikal, Dr Mahathir berkata, ia tidak sepatutnya timbul kerana mereka boleh bekerja di bidang lain dengan ilmu dipelajari.\r“Saya difahamkan ramai jururawat Malaysia bekerja di luar negara dan mereka diberi gaji setaraf jururawat negara lain. Itu menunjukkan mereka diiktiraf,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038751 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list