|
JOHOR BAHRU: Bekas pengawal keselamatan, Shafie Shawal, kecewa surat sokongan timbalan menteri yang menjaga hal ehwal FELDA tidak dilayan oleh pengurusan agensi berkenaan ketika memproses rayuan mendapatkan kembali haknya sebagai peneroka FELDA Tenggaroh Satu dekat Mersing sejak enam tahun lalu.\rShafie, 64, yang menetap di tanah rancangan itu sejak 1982, mendakwa dinafikan hak menerima bayaran elaun sara diri berjumlah RM1,200 sebulan dan semua hasil ladang miliknya sejak 2006 hingga kini.\r\n\n\n\n\r Katanya, sudah banyak kali menghantar surat pertanyaan kepada Ibu Pejabat FELDA di Johor Bahru dan Kuala Lumpur, namun tiada sebarang jawapan, malah surat sokongan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan gagal menyelesaikan masalah ini.\r\r\n\n\n\n\n “Ia bermula apabila saya didakwa mengingkari janji kepada FELDA pada 2006. Ketika itu, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Johor Bahru untuk menyara keluarga berikutan harga sawit merudum, yang ditambah pula dengan hasil kebun saya yang sedikit.\r“Pertengahan 2006, pegawai FELDA Johor datang ke Tenggaroh Satu berbincang dengan peneroka. Pada lawatan itu juga, peneroka dan FELDA menandatangani akujanji bagi menjaga kepentingan bersama,” katanya ketika ditemui.\rKatanya, disebabkan berada di Johor Bharu ketika itu dan lewat menerima maklumat mengenai perjumpaan terbabit, beliau tak hadir menandatangani akujanji itu.\r“Sejak itu, hak saya sebagai peneroka dinafikan walaupun bayaran untuk mendapatkan hak milik kekal terhadap tanah dan ladang di tanah rancangan itu sudah dilangsaikan sepenuhnya.\r\n\n\n\r“Saya lambat balik sebab bekerja di Johor Bahru ketika itu dan terpaksa menunggu dapat gaji untuk membeli tiket pulang ke Tenggaroh Satu. Apabila berjaya pulang seminggu kemudian, saya dapati perjumpaan terbabit sudah berlalu dan tidak lagi berpeluang menandatangani aku janji terbabit.\r“Saya kemudian cuba mendapatkan penjelasan daripada pegawai FELDA di Tenggaroh Satu namun diminta merujuk kepada pejabat di Johor Bahru. \r“Namun saya kecewa kerana nama saya sudah dipotong daripada senarai peneroka di FELDA Tenggaroh Satu,” katanya.\r“Bagaimanapun, ketika ke pejabat FELDA di Kuala Lumpur, nama saya masih kekal sebagai peneroka di Tenggaroh Satu tetapi di Johor Bahru, nama saya sudah dipotong. Saya pernah berjumpa dengan beberapa pegawai FELDA untuk mengadu dan memohon bantuan tetapi diberitahu mereka tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.\rKatanya, beliau berjumpa dengan Ahmad di Putrajaya pada 7 September 2011 dengan membawa semua bukti sokongan dan susulan perjumpaan itu, beliau bersetuju membantu dan memberi sokongan menuntut kembali haknya.\r“Beliau menulis surat sokongan kepada saya dan menghantarnya kepada pejabat FELDA di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Malah lanjutan daripada itu, pengurusan FELDA Tenggaroh Satu dalam satu mesyuarat yang dihadiri Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan Ketua Blok FELDA Tenggaroh Satu turut bersetuju menyokong saya,” katanya.\rBagaimanapun, katanya, beliau hampa dan sedih apabila pegawai FELDA di Johor Bahru tetap mengatakan mereka masih tidak dapat berbuat apa-apa meskipun surat sokongan Timbalan Menteri ditunjukkan kepada mereka.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|