CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

Dua didakwa bantu langkau giliran haji

[Copy link]
Post time 10-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR:  Juru analisis sistem dan kerani Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, atas tuduhan berasingan membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji dan menerima rasuah RM6,750, dua tahun lalu.\rJuru analisis sistem di Jabatan Teknologi Maklumat, Afizul Md Yasin, 34, dan kerani, Roslan Mohamed Som, 47, di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Haji,  Jabatan Haji mengaku tidak bersalah di depan Hakim Rozilah Salleh dan memohon untuk dibicarakan.\r\n\n\n\n\r Rozilah menetapkan 23 Februari ini untuk sebutan kes dan membenarkan setiap tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan membenarkan perbicaraan kes itu dijalankan serentak.\r\r\n\n\n\n\n Afizul dan Roslan yang kini digantung tugas dibebaskan selepas membayar wang jaminan.\rAfizul dituduh atas tiga tuduhan berasingan membuat membuat capaian ke pangkalan data Tabung Haji dan memasukkan nama 27 jemaah haji menggunakan program khas komputer Win SQL, yang mana perbuatannya itu menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji berkenaan.\rDia dituduh melakukan kesalahan itu di tingkat 13, Jabatan Teknologi Maklumat Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, pada tiga hari berbeza iaitu antara jam 11 dan 11.10 malam, 10 Jun 2010; antara jam 2 dan 3.12 petang, 12 Julai 2010 dan antara jam 10.55 dan 11.10 pagi, 14 Julai 2010.\rTertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM100,000 atau keduanya, jika sabit kesalahan. \r\n\n\n\rRoslan pula dituduh menerima rasuah RM6,750 sebagai upah daripada Shamsudin Ibrahim, yang berperanan sebagai orang tengah, untuk menolong menguruskan nama 27 jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010 supaya dapat pergi pada tahun berkenaan.\rDia dituduh melakukan kesalahan itu di  di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini, antara jam 3.30 dan 4 petang, 15 Julai 2010.\rTertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.\rTerdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Zulkarnain Hassan menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan memohon pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.\r“Jaminan ditawarkan munasabah kerana kesalahan itu berat  dan mencemarkan imej Tabung Haji,” katanya.\rAfizul dan Roslan yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan itu dikurangkan kerana mereka menanggung keluarga termasuk anak yang masih bersekolah.\rAfizul memohon jaminan RM10,000 kerana isterinya tidak bekerja dan dia perlu menanggung empat anaknya termasuk seorang anak dengan bekas isteri.\rRoslan pula merayu jaminan dikurangkan kerana dia mempunyai dua anak dan isterinya menghidap kanser.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061616 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list